Showing posts with label wad kk4. Show all posts
Showing posts with label wad kk4. Show all posts

13 Apr 2017

WAD KK4 IPHKL TIDAK BAGUS, SIAPA KATA?

Menjaga adik Izz sejak bayi penuh dengan kisah yang mematangkan aku. Pada usianya 7 bulan, adik Izz dimasukkan ke Wad ICU Hospital Putrajaya selama 5 hari. Aku rasakan 5 hari itu sudah cukup lama, cukup menguji emosi. Padahal, aku tak tahu yang pada masa hadapan, Allah bakal menguji aku dengan ujian yang lebih besar. Begitulah... 

Dari Hospital Putrajaya, adik Izz dikejarkan ke Wad PHDW, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL). Subhanallah, 10 hari adik Izz disitu sebelum dipindahkan ke Wad KK4 IPHKL. Siapa sangka kan ... adik Izz akan menghuni LAMA di Wad KK4 IPHKL? Hampir 6 bulan lamanya. Yup, 6 bulan. Bukan 6 hari, bukan 6 minggu. Itu kali pertama adik Izz di wad.

Ada yang lagi lama, 8 bulan di Wad KK4 IPHKL. Itu semasa kali ke-6 adik Izz di wad. Sehingga saat ini, adik Izz sudah berada di Wad KK4 IPHKL hampir 830 hari keseluruhannya. Aku akhirnya sudah menjadi biasa dengan rutin sepanjang menjaga adik Izz di Wad KK4. Waktu untuk doktor round wad bila, waktu untuk makan ubat bila, waktu makan pagi tengahari malam bila, waktu adik Izz melelapkan mata bila, apa medical terms untuk prosedur yang dilakukan.



Namun, biarpun dilihat tempoh itu sangat lama, ada hampir 30 malam yang aku rasa seolah-olah berjalan tidak pijak tanah, kerana risaunya, kerisauan yang sangat besar. Orang kata "makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena". Itulah 30 malam adik Izz di PICU (Pediatric Intensive Care Unit).

Pada saat ini, aku rasakan betapa kerdilnya lah aku ini, betapa bermaknanya lah setiap sujud aku kepada Ilahi. Kerana aku meminta dengan sesungguh hati aku. Tidak ada yang tidak terluah kepada Allah. Semuanya aku luahkan, semuanya tentang adik Izz, agar adik Izz kembali sihat. Kembali sihat.

Betul ... para doktor hanya merawat dan DIA lah jua yang menyembuhkan. Namun ... team Wad KK4 adalah yang terbaik. Iya, sangat terbaik. Aku tahu itu. Dedikasi, kesabaran dan hemat mereka tidak akan aku sekeluarga mampu membalasnya.


Bahkan para jururawat Wad KK4 IPHKL juga sangat mulia hatinya. Saat aku memerlukan bantuan, mereka hulurkan, biarpun diluar tanggungjawab mereka. Aku faham dengan keupayaan menjaga Wad KK4 IPHKL dengan pesakit yang ramai dan kekurangan staff, bukanlah mudah. Biarpun jururawat silih berganti, ada yang sejak dari mula adik Izz di Wad KK4 IPHKL sehinggalah sekarang masih menjaga adik Izz. Begitu, apa yang mampu aku ungkapkan ... staff di Wad KK4 IPHKL sentiasa memberikan yang TERBAIK buat semua pesakit dan waris mereka.

Siapa yang ajar ajar aku apa yang aku lakukan sepanjang adik Izz menjalani Home Parenteral Nutrition (HPN) Programme? MEREKA lah. Suka duka, senda tawa, gaduh baik, jeling-jeling, itu semua merapatkan hubungan aku dan mereka. Jika ada yang kata Wad KK4 IPHKL tidak bagus, aku BERANI kata sebaliknya. KAMU SEMUA YANG TERBAIK, STAFF WAD KK4 IPHKL. TERIMA KASIH!


Demikian juga yang sama-sama berkongsi suka duka ujian aku ini. Jagaan kalian, ziarah kalian, sokongan kalian, sumbangan kalian, Whatsapp kalian, SMS kalian, komen kalian dan doa yang dipanjatkan semua, sangat aku hargai. Hanya Allah yang mampu membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Kita semua dah macam keluarga. Waris, patients silih berganti, namun kita masih berhubungan sehingga kini, Inshaa Allah sampai bila-bila. AAMIIN.

~mama Izz


Share:

20 Jan 2017

ADIK PUNYA PASAL, ABANG TAK KISAH

Minggu ni keadaan adik Izz agak stabil. Sejak on antibiotik V dan ubat P untuk cegah alergik tu, adik Izz dah tak demam. Dia pun nampak dah semakin baik. Alhamdulillah.

Minggu ni setiap hari aku dan anak-anak sampai rumah sudah malam. Kalau ikutkan jarak perjalanan 40km tu, bukanlah jauh sangat. Tapi, faham-faham sajalah bagaimana keadaan jalanraya di kotaraya ni.


Minggu ni sengaja aku balik lewat sedikit dari biasa. Sebabnya setiap petang selepas waktu kerja dan sekolah anak-anak, aku bawa mereka ke wad jenguk adik Izz. Dan, adik Izz sangat happy dengan kehadiran abang-abangnya.

Minggu ni je lah ye. Aku tak boleh buat begitu selalu sebabnya kasihan pula kepada abang-abang adik Izz ni. Sampai rumah dah jam 9.00pm, jam 11.00pm dah masuk tidur, esoknya jam 5.45am kena bangun pagi bersiap-siap ke sekolah pula.


Minggu ni nampak mereka agak penat. Kadang tu, sampai rumah mandi dan bersiap, terus tidur. Aku dah tanya mereka dahulu, tak apa ke balik lambat hari-hari ni? Mereka tak kisah.

Jadi minggu ni adik punya pasal, abang-abang tak kisah ye! Esok, biar mereka berehat. Kalau pun ke wad, biar aku saja yang pergi. Biasanya, mereka nak ikut. Hehehe. Semoga dipermudahkanNYA. Inshaa Allah.
Share:

13 Nov 2016

KELEBIHAN DUDUK DALAM BILIK 2 KATIL DI WAD KK4 INSTITUT PEDIATRIK HKL

Wad KK4 a.k.a wad pembedahan. Rasanya minima ada lebih kurang 28 katil, namun hanya ada 2 katil sahaja yang ditempatkan di dalam bilik berhawa dingin. Dulu, aku fikir hanya pesakit kuarantin sahaja yang akan diletakkan di dalam bilik, but tidak. Sesiapa pun boleh diletakkan disini.

Adik Izz, adalah dalam 2-3 kali admitted diletakkan didalam bilik. Kebanyakkannya diluar saja. Yang aku perhati lah kan, best juga sebenarnya diletakkan di dalam bilik ni.


Dalam bilik tampak lebih privasi. Nak makan, nak solat, nak tidur menganga, golek sana, golek sini...tiada halangan. Jika diluar, agak segan juga tambah-tambah bila waktu melawat.

Adik Izz pun terhad lah sedikit pandangannya. Jadinya, dia tidak banyak sangat ragamnya. Jika diluar, melihat kanak-kanak lain sedang bermain, dia pun sama hendak turun dari katil. Nampak toys kanak-kanak lain, dia pun sama mahu. Nampak orang yang dikenali, terjerit-jerit panggil minta datang.

Bila bawa along Izz dan angah Izz, kecoh jadinya bila 3 anak ini bergabung. Bising dan riuh jadinya. Bila dalam bilik, takde lah orang lain nampak dan naik menyampah dengan mereka. Hehehe. Manalah tahu, kan?


Tapi, aku kureng prefer untuk diletakkan di dalam bilik. Memang privasi, tapi rasa dah macam diasingkan pula. Apa yang berlaku diluar, apa pun aku tak tahu. Pulak tu, bilik berada di hujung wad. Penat staff nurse nak datang cek adik Izz nanti. Bila apa-apa, kesian pulak staff nurse nak kena lari pecut. Hahaha.

Apa pun ... walau dimana pun adik Izz diletakkan, asalkan rawatan dan jagaan tetap diberi seperti biasa, Inshaa Allah, aku pun tidak kisah. Janji adik Izz sembuh dan sihat.

Mungkinkah bila FPP dilaksanakan di HKL nanti, ada perubahan akan terjadi? Siapa tahu... Atau pediatrik tidak terlibat? Hihihi..
Share: