Post Top Ad

Showing posts with label usus pendek. Show all posts
Showing posts with label usus pendek. Show all posts
July 28, 2017

KEADAAN SEMASA ADIK IZZ

Lama tak bercerita secara detail pasal adik Izz, kan? Sebenarnya sedang cuba bercerita “as general as" yang aku boleh, baik dalam blog mahupun dalam media sosial (facebook, instagram, twitter dan page). Sepanjang 4 tahun adik Izz mengidap Short Bowel Syndrome (SBS), 525 hari adik Izz dibawah Program Home TPN (Home Parenteral Nutrition), setakat entri ini ditulis.

Bagaimana keadaan semasa adik Izz?


Alhamdulillah Home TPN ke-20 ini, keadaan adik Izz baik-baik saja. Sepanjang Syawal adik Izz berada dirumah. Aku harap berterusan lah sampai bila-bila. Tak nak dah admit wad lagi, Inshaa Allah. Walaupun adik Izz berada dirumah, dia perlu ke wad setiap 2 minggu untuk ujian darah, berat badan termasuklah tca (to come again).

Bagaimana dengan Total Parenteral Nutrition (TPN)?


TPN memang dah jadi priority no.1 buat adik Izz. Tidak boleh tidak, adik Izz masih bergantung penuh dengan TPN. Tanda-tanda nak off TPN, tiada lagi buat masa sekarang. Setiap hari, selama 12 jam adik Izz akan infused TPN. Kita doakan sajalah suatu masa nanti adik Izz akan off TPN sehari dua ke, atau forever. Inshaa Allah.

CVL (Central Venous Line) adik Izz ok?

Alhamdulillah, CVL adik Izz dalam keadaan yang baik. Sekarang ni, dressing CVL adik Izz dilakukan selang 2 hari sekali. CVL kali ini nampak cantik je exit site nya. Bahagian insertion CVL pun dah baik tu nampaknya. Dah kering dan tertutup elok. Cumanya, masih perlu berlakon cuci di bahagian berkenaan dan tampal, sebabnya adik Izz nak taknak dia akan suruh tampal bahagian berkenaan. Luka CVL yang lama, masih soaked. Memang hari-hari perlu dicuci dan sealed.

Kaki adik Izz yang kena bedah tu, bagaimana?


Haaa...ini yang runsing sikit. Tak baik-baik lagi luka pembedahan berkenaan. Beberapa minggu sekali perlu ke klinik Ortho untuk checkup. Benang jahitan walaupun sudah ditanggalkan, but masih ada lagi benang yang tinggal. Ditanggalkan lagi, masih juga ada benang. Iyalah, ada peringkatnya untuk buang benang berkenaan kot? Tak apalah. Hencot masih hencot berjalannya. Luka, hari-hari dicuci. Harap, cepatlah baik ye.

Lain-lain yang berkaitan dengan adik Izz?

Bab makan dan minum. Syukur bila adik Izz ada selera untuk makan. Walaupun tak banyak yang dia makan, sekurang-kurangnya dia ada effort untuk cuba makan. Doktor pun pesan untuk berinya makan apa saja. Oklah tu. Minum, adik Izz tiada masalah. Yang jadi pertanyaan, berapa banyak usus pendek adik serap?

Rasanya, itu saja perkembangan semasa adik Izz. Semakin hari semakin baik, Alhamdulillah. Kaum keluarga dan kawan-kawan pun selalu mendoakan adik Izz. Terima kasih. Pasal barang-barang keperluan perubatan adik Izz tu, Alhamdulillah ramai yang bantu kami. Kadang-kadang sesak juga nak sediakan keperluan tu semua, but syukur bila semua banyak menolong kami.


Kos nya masih dalam range 1.2k - 1.4k. Jadi, kalau ada yang nak tolong ringankan kami, boleh email aku di ekjozbuluh@gmail.com. Inshaa Allah, dipermudahkanNYA. Kami tiada apa-apa balasan untuk diberi, biar Allah saja yang membalasnya.

Aamiin.
October 18, 2016

BETUL KE TAK PERNAH JADI KAT ORANG LAIN?

Aku risau. Cukup cukup risau bila doktor kata, “apa yang jadi pada Izz tak pernah terjadi kepada orang lain." Aku kecilkan sikit skop terms “tak pernah terjadi" tu kepada anak-anak yang mungkin alami masalah seperti anak aku.



Macam sebelum ini, bila usus kecil anak aku tinggal 5 cm. Sebelum ini tiada yang miliki usus sependek itu. Sama juga seperti pembedahan sebelum ini apabila diberitahu “belum pernah dilakukan."

Entahlah. Aku bukan doktor, apa yang aku fikirkan lebih kepada logik aku je. Sekarang aku risau samada CVL anak aku boleh diselamatkan atau tidak? Sudah 12 kali adik Izz jalani `new cvl insertion', janganlah ada yang ke 13, jika diizinkanNYA.

Inshaa Allah.
January 15, 2016

BERAT TUGAS SEORANG DOKTOR

Short Bowel Syndrome Survivor
Senyumanmu satu azimat.

Fungsi usus besar adalah untuk menyerap air supaya najis yang terbentuk tidak berair. Oleh yang demikian, manusia boleh hidup sempurna tanpa mempunyai usus besar. 

Fungsi usus kecil adalah untuk menyerap air, vitamin dan zat-zat makanan. Oleh yang demikian, manusia tidak boleh hidup tanpa kehadiran usus kecil. 

Malahan fungsi usus besar boleh diambil alih oleh usus kecil. INFO, usus kecil adik Izz sepanjang 11CM Duodenum. Tiada Jejunum, tiada Ileum.


June 25, 2015

USUS PENDEK (SHORT BOWEL)

Usus pendek | Itulah major penyakit yang dihidapi adik Izz. Usus kecilnya pendek, bahkan terlampau pendek. Pencernaan sudah satu isu. Penyerapan nutrisi juga satu isu yang lain. Isu cirit-birit lagi. Isu muntah pula. Isu Hypoglicemia lagi. Thats why adik Izz memerlukan Nutrisi Parenteral (TPN). Bila adik Izz guna TPN, tentunya adik Izz perlukan tiub Central Venous Line (CVL) untuk salurkan nutrisi berkenaan. Nutrisi pula directly infuse to salur darah utamanya. Bila Off Nutrisi Parenteral (TPN), On pula susu via tiub suapan Gastrostomy. 

Sebab itu apabila adik Izz diserang demam ataupun selsema batuk, aku sangat risau. Memang demam, batuk dan selsema itu biasa dihidapi oleh semua orang tetapi berlainan dalam kes adik Izz. Sebelum ini demam, batuk dan selsemalah yang menjurus kepada kemasukan adik Izz ke wad. Biasanya bila adik Izz demam, batuk dan selsema, perkara pertama yang terlintas adalah 'tiub CVL infection?'. 

On Gastrostomy (tiub suapan)
Hidung sudah kemerahan luka-luka dah. Kasihan!

Alhamdulillah kali ini tiub CVL nya tiada tanda-tanda jangkitan. Masih bersih, kering dan elok seperti kali terakhir adik Izz jalani Operation New CVL Insertion yang lepas. Beberapa hari juga adik Izz meragam, kadang-kadang menangis meraung kerana ketidakselesaannya. Selsema penyebab hidungnya tersumbat dan menyebabkannya sukar bernafas. Batuk pula sebabkan adik Izz muntah-muntah teruk hinggakan kering merekah bibirnya. Demam pula Alhamdulillah beberapa hari sahaja sudah kebah. Itupun selepas diberi Sub PCM. 

Sekarang tunggu adik Izz betul-betul baik sajalah lagi. Antibiotik masih running disebabkan tonsilnya itu. Duduk rumah On TPN 12 jam setiap hari, Bila Off TPN selang beberapa jam On pula tiub suapan Gastrostomy. Begitulah rutin hariannya sambil-sambil tunggu dia baik demam, batuk dan selsema.

Ini update terkini...


January 16, 2015

LAGI KEAJAIBAN BUAT ADIK IZZ

Assalammualaikum . . .

Allah sayangkan mu adik Izz. 

Aku lihat mama Izz menitis airmatanya. Aku lihat opah Izz juga turut menitiskan airmatanya. Betapa terusiknya hati mereka dengan khabar yang didengar. Merekalah dua insan yang bersusah payah menjaga adik Izz siang dan malam berganti-ganti. Maka harapan mereka melihat adik Izz sembuh lebih besar dari semua perkara.

Kasihnya dan sayangnya Allah pada insan yang bernama Muhammad Izzsyraq Azraq lebih daripada kasihnya dan sayangnya kita semua kepada adik Izz. DiberiNya kepahitan, digantikanNya dengan kemanisan yang memberi makna yang sangat besar dalam kes adik Izz.

Keputusan ujian 'Contrast' adik Izz telah diketahui selepas para doktor pakar mengadakan mesyuarat pada petang tadi. Usus kecil adik Izz didapati tidak mengembang namun telah menunjukkan yang ianya memanjang. 

Berapa panjangnya tidak didedahkan dan hanya akan diketahui melalui pembedahan.

Sabarlah dengan ujian yang diterimamu adik Izz

Oleh itu, dua 'plan 2015' iaitu pembedahan mengembangkan usus dan pembedahan memanjangkan usus yang dirancang sebelum ini akan ditukar dengan 'plan baru' dimana ia akan difikirkan nanti. 

Alhamdulillah! Allahuakbar! Terima kasih kaum keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus sejak dari awal bersama-sama mendoakan adik Izz.

~ Doktor sendiri akui yang belum pernah usus memanjang, biasanya hanya mengembang. Siapa sangka, kan? Sama-samalah kita semua menanti apakah 'plan baru' doktor pakar. 

Inshaa Allah!