Showing posts with label cvl insertion. Show all posts
Showing posts with label cvl insertion. Show all posts

10 Apr 2017

MACAM-MACAM CARA NAK JAGA CVL

Adik Izz, usianya 4 tahun. Seperti kanak-kanak lain seusianya, dia sangat aktif. Bila bersama abang-abangnya, 3 kali ganda aktifnya. Aku tiada halangan, asalkan tidak membahayakan tiub CVL (Central Venous Line) di dadanya itu. Itu yang utama.

Macam-macam cara nak jaga CVL adik Izz. Guna barut, guna `bandage', guna `pouch', dan macam-macamlah. Sesuai dengan umurnya, yang aku masih teruskan untuk jaga CVLnya ialah guna `glove' sewaktu dia tidur dan ikat getah pada leher bajunya.


Sekarang, aku guna kaedah “diversion" pula. Macamana tu? Haaa...

Tiub CVL untuk nutrisi adik Izz ada disebelah kanan dadanya. Disebelah kiri dadanya pula ada bekas `CVL insertion'. Setiap kali mama Izz “dressing CVL", mama Izz akan cuci sekali bekas luka adik Izz tu dan akan tampal bahagian berkenaan dengan `gauze' dan `Tegaderm'.

Jadi, kiri dan kanan dada adik Izz akan ada tampalan. Bolehlah dikatakan berjaya sebabnya adik Izz selalu usik bahagian kiri dadanya. Selamatlah CVL disebelah kanan dadanya. Tapi, tetap tak boleh leka, kena beri perhatian juga. Kadang-kadang, dia usik juga kanan dadanya.


Sebab tu aku kata ini “diversion". Jangan pula kami pun terpesong pandangan. Budak-budak, pantas tangannya dan banyak akalnya. Dalam pada macam-macam cara nak jaga CVL, 14 kali dah adik Izz tukar tiub CVL tu.

Aku harap, lamalah CVL kali ini bertahan walaupun ... ... ... ... ...
Share:

2 Nov 2016

KENAPA CVL INSERTION KE 14 MENAKUTKAN?

Minggu ini hati rasa sangat-sangat gusar apabila memikirkan mengenai prosedur “new CVL insertion" adik Izz. Mama Izz, susah nak cakap bagaimana perasaan seorang ibu. Makan tidak lalu, mandi tidak basah, tidur tidak lena, begitulah umpamanya.

Jadi, apa yang begitu menakutkan mengenai CVL insertion ke 14 adik Izz, padahal CVL insertion sudah dilakukan sebanyak 13 kali sebelumnya? Salur darah. Iya, salur darah! Bukan semua salur darah “veins" sesuai untuk CVL dan TPN. Ada salur-salurnya dan ia mesti besar serta berhampiran jantung.



Masalah pada adik Izz yang telah melalui beberapa siri CVL insertion, salur darahnya menjadi telah sempit. In fact, salur darah sebelah kiri untuk CVL insertion TIADA dah. Sudah sempit dan ada darah beku. Yang tinggal, bahagian kanan. Itupun sudah sempit. Itulah yang menakutkan kami bila adik Izz perlu jalani CVL insertion ke 14.

Alhamdulillah, kali ini walaupun salur darah sebelah kanan adik Izz menyempit hampir 50%, but masih boleh digunakan untuk CVL insertion. Maknanya, CVL boleh dicucuk ke dalam salur darah sempit berkenaan. Itulah yang mama Izz keluar air mata bila doktor kata demikian.



Mesti tertanya-tanya kan, bagaimana jika tiada salur darah untuk CVL insertion kali ini? Jangan fikir. Sangat menakutkan. Kami pun taknak fikirkannya. Semoga dijauhkanNYA.

Inshaa Allah.
Share:

20 Oct 2016

PEMBEDAHAN SIRI KE 24 | CVL INSERTION 13

New CVL (Central Venous Line) Insertion. Inilah yang perlu adik Izz lalui lagi. Ini merupakan CVL insertion kali ke 13 adik Izz dan merupakan pembedahan kali ke 2 dijalankan di Unit Angiografi, Hospital Kuala Lumpur. Seperti biasa, adik Izz dijadualkan menjalani pembedahan waktu pagi. 



Sebelum lupa, adik Izz perlukan new CVL kerana CVL lamanya ada masalah kulit dimana kulit yang menutupi CVL yang mana CVL ditanam itu telah merekah dan telah nampak CVL didalamnya. Ini juga merupakan kali pertama aku beli tubing CVL dari luar HKL kerana stok CVL Single Lumen tiada/habis. Alhamdulillah dipermudahkanNYA, ada rakan tolong belikan dahulu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Jika tiada, terpaksalah adik Izz menggunakan CVL Double Lumen.


Tak lama, hampir 2 jam adik Izz menjalani pembedahan. Syukur dipermudahkan segalanya. Terbaru, CVL adik Izz di kanan dadanya. Allah, semoga CVL kali ini dapat bertahan lama. Kasihanilah adik Izz. Mudah-mudahan.


Share:

7 Apr 2016

PEMBEDAHAN SIRI KE 23 | CVL INSERTION 12

Masuk wad kerana adik Izz cabut CVL. Ngeri rasa bila memikirkan yang CVL yang dimasukkan pada pembedahan siri ke 17 yang lalu, dicabut adik Izz dengan selamba. Siap berjahit di dalamnya, but masih boleh dicabut adik Izz tanpa adik Izz merasa kesakitan. Alahai, anak! 

Keadaan semasa adik Izz belum boleh untuknya berhenti daripada menerima Nutrisi Parenteral (TPN). Jadinya, nak tak nak doktor perlu memikirkan segera untuk "new CVL insertion". Pembedahan kali ini berbeza. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, pembedahan kali ini dijalankan bukanlah di Dewan Bedah Pediatrik, tetapi di Unit Angiografi

Unit Angiografi, Jabatan Pengimejan dan Diagnostik, HKL
Selesai pembedahan dengan masih berbius bagai, dia minta untuk didukung.

Melalui risikan, pembedahan kali ini dilakukan oleh doktor jantung. Kali terakhir aku diberitahu, salur darah untuk CVL pada bahagian leher dan dada adik Izz sudah tidak boleh digunakan kerana sudah sempit. 

Tetapi, pembedahan yang dilakukan di Unit Angiografi ini meletakkan CVL adik Izz pada salur darah di bahagian dada. Emmm! Malas aku nak fikirkan. Lebih kurang 2 jam adik Izz jalani pembedahan, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan selamat. Syukur! 

CVL insertion kali ke 12 buatnya.
Biarkan dia berehat. Dia masih terkesan dengan ubat bius.

Terbaru, CVL adik Izz pada bahagian dada kirinya pula. Petang mungkin akan terus diberi Nutrisi Parenteral (TPN). Semoga kamu kuat ye, nak! Mudah-mudahan...


Share:

5 Oct 2015

PEMBEDAHAN SIRI KE 17 | PERTAMA DI MALAYSIA

Pembedahan kali pertama di Malaysia. Bukanlah pembedahan itu yang kali pertama, tetapi cara yang akan adik Izz gunakan selepas pembedahan itulah yang kali pertama dilakukan selain dengan CVL insertion kali ke 11. Sebenarnya pakar pernah suarakan kaedah ini tahun lalu (Mengembangkan Usus). Tapi tidak dijalankan. Jika boleh proses mengembangkan usus adik Izz dibiarkan secara normal sehinggalah usianya 4 tahun barulah akan dijalankan pembedahan. Aku pun diberitahu semula melalui lakaran pakar. Ada yang aku faham dan ada yang tidak. 

Cuma aapa yang terngiang-ngiang adalah kata-kata pakar, "jika awak tanya samada pembedahan ini pernah dilakukan atau tidak, jawapannya ini kali pertama". Aku dan mama Izz menurut apa kata pakar. Lagipun, keputusan ujian CT Scan adik Izz agak kurang memuaskan.

Adik Izz akan menjadi orang pertama menjalani pembedahan. Seawal jam 2:00 am lagi dia sudah berpuasa. Aku datang seperti biasa pada paginya. Dalam hati memang berdebar-debar rasa. Aku lihat adik Izz juga sudah ditukarkan pakaiannya menggunakan pakaian wad. Dia hanya melontar sedikit senyuman sebelum dipanggil masuk ke dewan bedah sekitar jam 9:30 am. 

Pembedahan pertama di Malaysia
Sedikit senyuman sebelum pembedahan sebenarnya menambah tangis di hati ini

Sayu aku rasa melihatnya. Ini pembedahan besar malah pembedahan pertama yang akan dilakukan pakar. Seperti pembedahan-pembedahan sebelum ini, mama Izz lah yang akan mendukungnya menuju ke dewan bedah. 

Pembedahan pertama di Malaysia
Perjalanan paling cepat adalah saat menuju ke dewan bedah

4 jam pembedahan berjalan. Baik aku mahupun mama Izz, tidak senang langsung duduk menanti diluar. Mundar-mandir menanti pembedahan siap. Tidak lama, dengar disebut nama 'Izzsyraq'. Lantas mama Izz masuk ke dewan bedah untuk melihatnya dan aku hanya menunggu diluar. 

Jalani pembedahan yang pertama di Malaysia
Selesai pembedahan, adik Izz masih belum sedarkan diri

Lama juga mama Izz di dalam. Hampir 40 minit. Kata mama Izz, mulanya dia berjumpa dengan pakar dahulu dan barulah dia akan bersama-sama adik Izz sehingga dia sedar. Buka sahaja pintu dewan bedah, tak tahan air mata aku melihat keadaan adik Izz. Allahuakbar. 

Pembedahan pertama di Malaysia
Inilah keadaannya yang meluluhkan hati kami sekeluarga. Allahuakbar

Nantilah aku ceritakan apa-apa berkaitan pembedahan dan apa kata pakar ye. In Shaa Allah.


Share:

7 Sep 2015

PEMBEDAHAN SIRI KE 16 | CVL INSERTION 10

Pembedahan lagi? Pembedahan ini bertujuan gantikan tiub CVL adik Izz yang dicabut doktor gara-gara 'infection' dengan tiub CVL yang baharu. Tiub CVL ini penting dalam meneruskan pemberian Nutrisi Parenteral (TPN). Adik Izz belum boleh berhenti TPN dikhuatiri membantutkan pembesarannya kerana kekurangan nutrisi nanti. Sejak 6 AM adik Izz sudah berpuasa. Seperti biasa adik Izz akan ditemani mama Izz dan opah Izz. 

Bila hari pembedahan, banyak 'forms' yang perlu ditandatangani mama Izz. Surat kebenaran pembedahan, surat kebenaran bius, surat kebenaran masuk darah dan lain-lain. Semakin hampir dengan waktu pembedahan, adik Izz sudah mula merasa dahaga. Menyedihkan apabila dia asyik menunjukkan kepada botol air nya, "air, air, air". Bukan tak nak beri, tetapi tidak boleh beri. 

10th CVL insertion
Jika boleh, dalam dewan bedah pun mama Izz hendak temaninya.

Tiba masanya bila dapat panggilan dari dewan bedah menyatakan giliran pembedahan adik Izz sudah tiba. Hati? Memang rasa berdebar sahaja. Dalam perjalanan menuju ke dewan bedah, adik Izz didukung mama Izz. Perjalanan rasa cepat sangat. Mama Izz dengan jujuran air mata, opah Izz dengan hilangnya senyuman. Aku pula? Masih dengan 'acting tough' nya. Hehehe. 

Institut Pediatrik HKL
Tiub CVL baru di kanan dadanya.

Hampir 3 jam adik Izz di dalam dewan bedah. Dengar-dengarnya ada sedikit masalah berkaitan 'line' adik Izz. 'Line' sempit. Tiub CVL adik Izz kali ini lebih hampir kepada jantungnya. Apapun, pembedahan berjalan dengan lancar dan selamat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan adik Izz dan terima kasih kepada team pembedahan.

Central Venous Line (CVL)
Moncong saja. Masih terkesan dengan ubat bius.

Adik Izz belum diberi Nutrisi Parenteral (TPN) tetapi di'drip' sahaja melalui tiub barunya. Tiub CVL baru ini di buat di sebelah kanan dadanya. Semoga ini pembedahan terakhir adik Izz sehingga dia berusia 4 tahun hendakNya.


Share:

BAKAL LALUI PEMBEDAHAN LAGI

Tiada 'plan' sehingga adik Izz berusia 4 tahun. Jadinya, adik Izz akan teruskan dengan 'plan' sediada iaitu Nutrisi Parenteral (TPN), Home TPN Programme dan Gastrostomy. Berinya cukup masa bertujuan beri peluang kepada ususnya untuk lebih berkembang sebelum 'Plan 4 tahun' diteruskan. Untuk sampai ke tempoh masa berkenaan, pelbagai juga yang perlu ditempuhi. Terbaru, tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz 'infected' dan terpaksa dicabut. 

Bila tiub CVL dicabut, maknanya adik Izz akan perlu lalui pembedahan lain untuk masukkan tiub CVL yang baru. Adik Izz belum boleh berhenti Nutrisi Parenteral (TPN), sebab itu tiub CVL nak tak nak perlu ada. Sudah seminggu adik Izz di wad dan hari ini dijadualkan akan dijalankan pembedahan 'CVL Insertion'. Pembedahan kali ke 16 bagi adik Izz dan pembedahan ke 10 untuk tiub CVL sahaja. 

Pembedahan New CVL Insertion
Seminggu sudah dia di wad, hanya bermasam muka sahaja.

Moga-moga ini adalah pembedahan terakhir adik Izz sehingga dia jalani 'major op' bila dia 4 tahun nanti. Tak sanggup rasanya menerima berita yang adik Izz perlu dibedah. Adik Izz sekarang berusia 2 tahun 5 bulan dan sepanjang 22 bulan adik Izz sakit, sudah 16 kali pembedahan dijalankan termasuklah dengan pembedahan yang dijadualkan hari ini. 

Aku seperti biasa kuatkan diri (acting tough) demi beri sokongan kepada mama Izz dan adik Izz. Mama Izz? Dia sememangnya takut dengan pembedahan. Setiap kali tiba hari pembedahan, dia akan menangis. Tidur tidak lena, makan tidak kenyang. Hilang selera untuk semuanya. Selagi adik Izz belum selesai pembedahan, selagi itulah mama Izz tidak tenang. 

Short Bowel Syndrome
Memang dia kerap muntah sekiranya apa yang diberi 'lebih' daripada yang boleh diterimanya.

Harapan aku agar pembedahan dijadualkan hari ini berjalan lancar hendakNya. Moga adik Izz cepat sembuh dan cepat pulang. In Shaa Allah.


Share: