Showing posts with label Total Parenteral Nutrition. Show all posts
Showing posts with label Total Parenteral Nutrition. Show all posts

7 Apr 2017

KENAPA KENA DRESSING SEMASA CHECKUP?

Home Parenteral Nutrition (HPN) ataupun Home TPN. Inilah yang adik Izz sedang jalani sekarang. Meneruskan rawatan Total Parenteral Nutrition (TPN) di rumah. 

Sumber : Google

Apabila di rumah, adik Izz perlu ke wad setiap 2 minggu untuk ambil darah dan timbang berat badan. Tujuannya (mengikut kefahaman aku) ialah untuk pharmacist menyediakan keperluan nutrisi adik Izz mengikut keperluannya. Adalah kiraannya, itu bukan bidang aku.

Kenapa aku mahu adik Izz di dressing CVL (Central Venous Line)nya semasa routine checkup? Sebabnya aku mahu orang yang arif (jururawat) melihat sendiri keadaan exit site CVL adik Izz. Jadi, bila doktor bertanyakan mengenai tiub CVL adik Izz, ada jururawat yang boleh beritahu.

Ada ketika bila adik Izz routine checkup, tak perlu pun untuk dressing. Aku cuma tunjukkan gambar sahaja kepada doktor. Gambar berkenaan aku snap semasa last dressing adik Izz di rumah. Tak sama sebenarnya bila tunjuk gambar dengan lihat secara terus. 

Pernahlah jadi ... Ermmm, tak boleh cerita! Hahaha.

Sumber : Google

Apapun, adik Izz Alhamdulillah dalam keadaan yang baik setakat hari ini. Semoga terus baik hendakNYA. Mudah-mudahan.


Share:

21 Jan 2016

PERSEDIAAN SEBELUM PULANG

Belum pun tahu bila adik Izz akan 'discharge', tapi In Shaa Allah dia akan tetap 'discharge' juga. Buat masa sekarang walaupun tiada 'plan' buat ususnya, masih banyak lagi yang perlu dipantau. Plan utama "Home Total Parenteral Nutrition (Home TPN)" tetap diteruskan memandangkan adik Izz belum di tahap "tanpa TPN". 

Instagram ekjozbuluh @ papa Izz
Status Ig aku beberapa hari lepas.

Sebagai persediaan awal, aku perlu audit bilik khasnya. Buat pemeriksaan keperluan Home TPN, kelengkapan untuk Home TPN dan sebagainya. Penting semua itu. Susah nanti jika adik Izz dibenarkan pulang, ada benda yang tidak mencukupi ataupun tiada. Barang-barangnya pula bukan boleh terus beli, ada yang nak kena 'booking' dahulu. Ada stok, cepatlah dapat. Jika tiada stok, nak kena order dahulu dan ambil masa pula nanti untuk dapat.

Kena semak 'expired date' barang-barang yang sudah ada. Kena cek 'sterility' barang-barang lagi. Jika ada yang sudah terbuka atau terdedah, memang nak kena buang terus. Kena kira jumlah barang yang ada. Kurang-kurang kena ada stok mencukupi untuk 2 bulan. Bilik nak kena bersihkan, buang sawang, lap mana-mana yang patut. 


Mesin nak kena cek juga tu. Air purifier dah lama stop, entah boleh on lagi entah tidak. Aircond pun dah lama tak pakai, tengok gaya nak kena cuci juga. Tv? Alhamdulillah masih elok. Peti ais khas tu, memang aku tak pernah off pun. Cooler box, esok nak cuba beli ais batu dan letak dalam tu tengok berapa lama nak cair ais tu. Kalau semalaman masih berketul ais, kira ok lah tu.

Ishhh, banyak nak kena buat ni. Harap cepatlah adik Izz boleh balik. In Shaa Allah.


Share:

14 Jan 2016

HOME TOTAL PARENTERAL NUTRITION (HOME TPN)

Tidak lama lagi, pasti adik Izz akan dibenarkan keluar dari hospital. Oleh kerana adik Izz masih tidak dapat makan dengan cukup atau mencerna makanan yang cukup untuk mendapatkan khasiat dan tenaga, Nutrisi Parenteral Total ( TPN) untuk adik Izz akan diteruskan di rumah pula.


Home Total Parenteral Nutrition (Home TPN)
Ini semua aturanNYA. Pasti ada hikmahNYA.
Beberapa hari sebelum dibenarkan keluar, mesti kami akan diajar lagi bagaimana untuk memberi TPN kepada adik Izz. Aku rasa memang menjadi dasar hospital kot bila adik Izz hendak 'discharge' dan memulakan Home TPN

Macam biasalah, doktor dan jururawat yang akan menjadi guru. Bukannya kami tidak tahu, maklumlah dah lama masuk wad, mesti dah ada yang lupa, kan? Jika di wad, adik Izz diberikan TPN selama 16-20 jam tapi bila adik Izz mulakan Home TPN, biasanya doktor akan reduce masa TPN kepada 12 jam sehari. 

Tapi, bila adik Izz akan discharge? Entahlah. 


Share:

3 Oct 2015

APAKAH TPN (NUTRISI PARENTERAL) DAN APA PERANAN TPN?


Hari ini aku fikir aku nak jelaskan peranan Nutrisi Parenteral (TPN) dan berkongsi beberapa pengalaman aku terlibat dengan TPN menurut pemahaman aku. Adik Izz telah menggunakan TPN sejak dia disahkan sebagai pesakit 'Short Bowel Syndrome' (SBS) ataupun Sindrom Usus Pendek. Aku lihat ramai pesakit khasnya di Wad KK4 Institut Pediatrik HKL menggunakan TPN atas sebab-sebab berlainan. Tapi, apa itu TPN?



Nutrisi Parenteral atau 'Total Parenteral Nutrition' (TPN) dengan cara yang paling mudah aku boleh menggambarkan ia, adalah menerima "pemakanan" melalui urat dan dalam aliran darah. Lebih mendalam, ia digunakan untuk memberi "makan" kepada adik Izz secara intravena dengan memintas proses biasa penghadaman dan makan. 


Apakah TPN
Biasa ditutup dengan pek biru. Ini aku sengaja buka bila TPN sudah habis.


Pada dasarnya, adik Izz tidak akan makan melalui mulut dan makanan tidak akan perjalanan melalui saluran pencernaannya. Adik Izz akan "makan" melalui urat dan salur darah.


Tentang TPN yang perlu diketahui, antaranya :

1. TPN dikenali sebagai makan melalui intravena kerana adik Izz menerima nutrisi melalui uratnya di mana ia diserap oleh aliran darah.

2. TPN memerlukan adik Izz untuk mempunyai akses vena. Biasanya tiub Central Venous Catheter (CVC) atau CVL. IV normal tidak boleh digunakan.


CVL atau CVC
Tiub didada itulah tiub CVL or CVC yang digunakan untuk salurkan TPN.

3. TPN dirumus khas untuk adik Izz dan disediakan semua nutrien dan kalori setiap hari yang adik Izz perlukan.

4. TPN bermaksud : Total = semua. Parenteral = mengambil ke dalam badan selain melalui saluran penghadaman. Nutrition = proses khasiat, atau makanan. Jadi Total Parenteral Nutrition (TPN) atau Nutrisi Parenteral bermakna menerima semua (Total) nutrien (Nutrition) secara intravena (Parenteral).

5. Adik Izz boleh menerima TPN di hospital atau di rumah.

6. Sesetengah pesakit menggunakannya untuk beberapa minggu, beberapa bulan dan ada yang menggunakannya lebih lama lagi. Dalam kes-kes yang jarang berlaku seperti adik Izz, dia mungkin perlukan TPN sepanjang hidupnya.

7. TPN mengandungi dextrose, protein, lemak, elektrolit, mineral surih, dan vitamin.

8. TPN boleh menyelamatkan nyawa.

Aku harap panduan ringkas ini mudah difahami. Mungkin pada masa akan datang aku akan tulis lebih terperinci tentang TPN lagi berserta kebaikan dan keburukannya dan juga mungkin tentang penyakit Short Bowel Syndrome (SBS) atau Sindrom Usus Pendek, tapi untuk sekarang cukuplah ye. 


Share:

24 Aug 2015

SEDIH DAN GEMBIRA

Sedih dan gembira. Itu keadaannya bila bersama dengan adik Izz. Aku kalau diberi pilihan, aku suka menjaganya waktu dia berjaga. Melihatnya bermain-main, meneroka pelusuk rumah, bergelak ketawa, berlari-lari berkejaran bersama along Izz dan angah Izz. Tak dapat lihat langsung adik Izz sedang sakit. Nampak dia seperti kanak-kanak normal yang lain. Aku pula gembira melihat keadaan itu. Cuma aku perlu perhatikan geraknya takut-takut dia menarik tiub CVL dan Gastro ataupun gurauannya bersama along Izz dan angah Izz membahayakan tiub-tiub berkenaan. Selainnya, aku berikannya kebebasan. 

TETAPI, perasaan sering bercampur baur bila aku melihatnya sedang tidur. Memang sudah menjadi kebiasaan, selepas Maghrib aku yang ambil alih untuk menjaga adik Izz di dalam bilik semasa dia sedang On Nutrisi Parenteral (TPN). Mama Izz akan uruskan hal-hal berkaitan along Izz dan angah Izz untuk sekolah dan taska. Selepas Isyak biasanya barulah mama Izz akan menggantikan aku. 

Gembira dan sedih
Aku tersentuh bila melihat wajahnya begini.

Biasanya, adik Izz akan tidur semasa dalam jagaan aku. Aku sebolehnya cuba alihkan pandangan aku daripada melihatnya. Sebabnya apabila aku melihat wajahnya yang sedang tidur, aku akan teringat semula semua yang terjadi. Dari mula sehingga ke hari ini. Betapa aku kasihankannya. Mengalir air mata dibuatnya. Budak sekecilnya diduga dengan penyakit. Pergerakannya terbatas, makan dan minum terhad, perjalanan yang radius tidak boleh jauh. Allahuakbar. 

Aku sering terbayang 'bagaimanalah dia nanti bila aku tiada?'. Itulah apa yang aku rasa bila aku lihatnya tidur. Apa pun, aku perlu teruskan jua apa yang terdaya demi nya. Berdoa sentiasa demi kesembuhannya. Mengharapkan sinar bahagia buatnya. 

In Shaa Allah, Tuhan akan bantu kami. 


Share:

29 Jul 2015

PERKEMBANGAN TERKINI ADIK IZZ

Perkembangan kesihatannya positif walaupun masih ada beberapa perkara negatif | Seperti sudah lama rasanya tidak update keadaan kesihatan adik Izz. Almaklumlah 'mood' masih lagi 'mood' raya. Kalau ikutkan setiap hari hendak cerita pasal raya saja walaupun aku tidak beraya kemana pun. Adik Izz masih lagi menerima Nutrisi Parenteral (TPN) sebagai sumber nutrisinya. Masih lagi menggunakan mesin yang 'running' selama 12 jam sehari. Masih lagi diberi Nutrisi Parenteral (TPN) setiap hari. Dan masih lagi perlu ke Institut Pediatrik, HKL untuk ujian darah serta lain-lain 'checkup'. 

Yang bagusnya, adik Izz sudah tidak perlu datang ke wad seminggu sekali. Doktor pula sudah anjakkan masanya kepada 2 minggu sekali. Itu satu perkembangan yang positif. Berat badannya juga Alhamdulillah semakin naik walaupun sedikit demi sedikit. Kali terakhir adik Izz jalani pemeriksaan (raya ke-4), berat badannya naik 200 gram kepada 10.1 kilogram. Ujian darah pula sentiasa menunjukkan keputusan yang baik. Kenapa aku kata baik? Kerana setiap kali adik Izz jalani ujian darah, doktor tidak akan 'call' semula, maknanya darahnya ok. Kalau dapat panggilan itu maknanya adalah masalah. 

Di rumah pula, rutin aktiviti adik Izz berjalan seperti biasa. Pagi-pagi sebelum pergi bekerja, mama Izz akan 'dressing' dahulu untuk off Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz. Selepas itu, adik Izz akan bermain seperti biasa menjelajah ke seluruh pelusuk ruang rumah. Aku sengaja beri cuti kepada angah Izz (cuti taska) sebagai peneman bermain dengan adik Izz. 'At least' takdelah adik Izz 'boring' sangat di rumah. 

Bila tiba waktu 'lunch' sekitar jam 1.00 pm, adik Izz diberi susu pula melalui tiub suapan (Gastrostomy) nya. Macam biasa, susu yang diberi menggunakan mesin itu akan 'running' selama 3 jam dan waktu itu adik Izz akan tidur serta berehat. Opah Izz juga ambil peluang itu untuk berehat juga. Sebabnya bila adik Izz berjaga, semua perlu berjaga. Perhatian pada adik Izz amat diperlukan bagi mengelakkannya menarik tiub Central Venous Line (CVL) dan juga tiub suapan (Gastrostomy). Semua akan menemaninya sehinggalah aku dan mama Izz pulang dari kerja.

Total Parenteral Nutrition (TPN)
Walau bagaimana keadaan pun, aku lega melihatnya senyum dan ketawa.

Petang seperti biasa sekitar jam 6.30 pm, adik Izz akan bersiap-siap untuk sesi TPN pula. Bila sudah on TPN, faham-fahamlah memang adik Izz sudah terhad pergerakannya. Duduk dalam 'baby-cot' dengan 'tab'nya sehinggalah dia tidur. Dan esoknya akan diulang semula apa yang dibuat pada hari ini.

Sampai bila? Ususnya bagaimana? Wallahualam. 'Overall' dia sihat.


Share:

7 Jul 2015

AKU KENA KUAT

Bila asyik difikirkan berkenaan adik Izz dan penyakitnya itu, kadang-kadang penat rasa. Balik kerja hendak kejar masa beri adik Izz Nutrisi Parenteral (TPN), hendak elak kesesakan lalulintas lagi. Itu belum dikira seminggu 3 kali iaitu setiap Isnin, Rabu dan Jumaat nak kena hadap HKL kerana ambil stok TPN adik Izz. Nak kena speed lagi sebab TPN tidak bertahan lama dalam cooler box. Penat memang penat. Sampai rumah pula hendak terus mandi dan bersiap-siap untuk dressing CVL dan TPN lagi. Tengok pula muka adik Izz yang kadangkala ceria, kadangkala sedih, kadangkala nampak sakit. Entahlah sampai bila begini. 

Buat masa sekarang, adik Izz masih diberi Nutrisi Parenteral (TPN) setiap hari selama 12 jam. Itu plan daripada pakar dan belum ada tanda-tanda untuk OFF TPN lagi. Tapi aku perlu buat semua ini. Aku ingin melihat adik Izz sembuh sepenuhnya tanpa TPN dan tanpa Gastro. Jadinya sebelum sampai ke tahap adik Izz sembuh sepenuhnya, mungkin ini perlu dilalui atau diharungi.

Tiub suapan Gastro adik Izz
Meneruskan hidupnya dengan Nutrisi Parenteral (TPN)

Aku kena kuatkan semangat, sediakan diri fizikal dan mental supaya aku dapat beri sokongan kepada adik Izz khasnya dan mama Izz serta keluarga amnya. Susah nanti kalau aku patah semangat. Mereka semua bergantung kepada aku. Kalau aku kuat, Inshaa Allah mereka juga akan kuat. 

Mudah-mudahan. Janganlah aku berputus asa di pertengahan jalan.


Share:

6 Jul 2015

ANAK-ANAK TPN

Anak-anak Nutrisi Parenteral (TPN) | Seperti adik Izz, anak-anak yang menerima Nutrisi Parenteral (TPN) digelar dengan panggilan anak-anak TPN. Keperluan penerimaan Nutrisi Parenteral (TPN) masing-masing tidak sama dengan adik Izz, ia bergantung kepada jenis penyakit dan jenis keperluan. Oleh sebab mereka ditahan di wad yang sama untuk jangkamasa panjang, mereka berkawan dan saling mengenali. Namun, perginya seorang demi seorang anak-anak TPN mengadap Ilahi sedikit menyedihkan hati ini dan merisaukan hati kami. Bermula dengan adik Amsyar, diikuti dengan adik Ashroful dan terbaru perginya adik Farisha. Allahuakbar. Al Fatihah buat arwah dan salam takziah buat semua kaum keluarga arwah.

Allah lebih menyayangi mereka berbanding kita semua. Mereka telah dijanjikan syurga. Aku harap ahli keluarga arwah semua tabah menghadapi ujian ini. Ini semua telah ditakdirkanNya. Inshaa Allah. Apa yang turut merisaukan aku adalah adik Izz juga merupakan pengguna Nutrisi Parenteral (TPN). Alhamdulillah buat masa ini, keadaannya agak baik dan penerimaannya terhadap Nutrisi Parenteral (TPN) juga dalam keadaan baik. 

Al Fatihah
Sumber : Google

Namun, apa yang doktor pernah katakan penggunaan jangkamasa panjang boleh menyebabkan kesan sampingan itulah yang menggusarkan hati. Anak-anak TPN yang lain semuanya 'pergi' atas sebab komplikasi. Tapi, aku bukanlah Tuhan untuk menidakkan ketentuan. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah berserah kepadaNya. Berdoa dengan harapan umur adik Izz panjang dan dia bisa sembuh daripada penyakitnya. 

Mudah-mudahan!


Share:

21 May 2015

RASA TAKUT BILA LIHAT KULIT TERTANGGAL

Dalam sehari, ada 3 sesi 'dressing' yang akan dilalui oleh adik Izz. Dua dressing dalam sesi petang dan satu dressing bagi sesi pagi. Dressing sesi petang biasanya hanya aku dan mama Izz yang terlibat kerana ia agak ambil masa dan perlukan ketelitian berbeza dengan sesi pagi hanya mama Izz dan opah Izz sahaja yang melakukannya. Walaupun begitu, segalanya perlu dilakukan sebaik mungkin, sebersih mungkin dan se'steril' mungkin. 

Tiub CVL
Boleh dilihat dibawah jahitan atas itu masih ada lagi kulitnya. (Dressing 1)

Pada aku, dressing untuk ON Nutrisi Parenteral (TPN) dan dressing untuk OFF Nutrisi Parenteral (TPN) kurang mendebarkan berbanding dressing tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz. Memang tugas aku untuk buka plaster Hypafix dan Gauze di dada adik Izz. Saat membukanya sangat perlahan kerana plaster Hypafix biasanya melekat ke tiub CVL dan Gauze pula biasanya melekat disekitar lubang tubing CVL adik Izz. 

Gauze melekat
Kulitnya sudah tertanggal saat Gauze dibuka. Boleh nampak perbezaannya dengan gambar sebelum. (Dressing 2)

Jika dilakukan secara tergesa-gesa, aku khuatir akan tertarik ataupun tercabut sekali dengan tiub CVL adik Izz. Sebab itulah, aku akan melakukannya dengan berhati-hati. Paling takut adalah untuk buka Gauze adik Izz. Terbaru bila aku buka Gauze adik Izz, sekali dengan kulitnya tertanggal. Allahuakbar. Betapa aku sendiri merasai kesakitannya walaupun adik Izz tidak menunjukkan sangat reaksi sakit. Tidaklah berdarah tapi memang aku tahu yang kulitnya tertanggal.

tiub CVL
Jelas kelihatan Cuff yang dibawah jahitan atas itu. (Dressing 2)

Tiub CVL memang tiada apa-apa kerana sudah pun dijahit oleh doktor minggu lepas. Mama Izz sudah ambil gambar dan menunjukkannya kepada doktor, doktor kata tiada apa-apa dan ia akan tumbuh semula nanti. Aku harap begitulah namun hati aku tetap risau juga. Dah kalau hari-hari melekat dan terkopek tertanggal, mau nya rabak dada adik Izz. Silap haribulan, berlubang terus. 

Iskh, minta-minta dijauhkan. Mudah-mudahan!

Share:

8 May 2015

AUDIT HOSPITAL KUALA LUMPUR

Semalam rumah kami mendapat kunjungan khas dari pihak Hospital Kuala Lumpur. Kunjungan yang sebenarnya sudah lama dirancang sejak dari mula-mula lagi adik Izz di bawah Program Home TPN. Kunjungan ini sebenarnya syarat yang pihak HKL sendiri tetapkan. Tujuannya untuk melihat segala kelengkapan, keperluan dan kehendak dibawah Home TPN Programme dipenuhi. 

Alhamdulillah dalam kunjungan semalam yang dihadiri seorang doktor dari Wad KK4 Institut Pediatrik beserta seorang jururawat, 2 orang doktor TPN (Total Parenteral Nutrition) dan seorang Dietician, semuanya memenuhi syarat-syarat keperluan yang dikehendaki.

Audit HKL
Mujur dietician yang datang itu bukannya dietician yang selalu along Izz jumpa.

Selain itu, kehadiran mereka juga adalah untuk melihat sendiri bagaimana kami membuat persediaan untuk pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) kepada adik Izz. Apa yang diajar semasa adik Izz di wad dahulu, langkah demi langkah kami ikuti. Bermula dengan preparation, dressing sehinggalah adik Izz mendapat Nutrisi Parenteral (TPN) nya. Berdebar jugalah semalam sehinggakan mama Izz nak pakai surgical glove pun ambil masa. Selalunya lancar je. Biasalah, buat di depan para doktor sambil tu dirakamkan pula videonya.

Nutrisi Parenteral
Setiap langkah diperhatikan. Terima kasih atas tunjuk ajar

Alhamdulillah, apa yang kami lakukan setiap hari tiada apa yang salah malah langkah pencegahan tambahan seperti membalut setiap sambungan tubing dengan gauze (diajar oleh mama Hasif) mendapat pujian daripada doktor. Dari segi penyimpanan barang keperlan pakai buang steril adik Izz juga mematuhi keperluan mereka. Takut juga kami andai kami ada melakukan kesilapan. Tanya jugalah kami kepada doktor samada ada lagi keperluan yang penting tetapi kami belum sediakan lagi, doktor kata apa yang ada sudah memadai. Syukur. 

kek batik
Opah Izz menyediakan mee kari, agar-agar dan kek batik.

Terima kasihlah kerana sudi berkunjung ke teratak kami ini. Terima kasih juga kepada opah Izz yang sudi memasak juadah buat para doktor ini. Orang dah datang rumah, kami jamulah dengan apa yang termampu. Kalau senang, datanglah lagi. Inshaa Allah.

Sumbangan dari semua juga banyak membantu kami menyediakan keperluan buat adik Izz serta keperluan bilik khasnya. Terima kasih banyak-banyak kami sekeluarga ucapkan.

Share:

30 Apr 2015

KANDUNGAN NUTRISI TERJAMIN DENGAN COOLER BOX

Assalammualaikum . . .

Nampaknya hari ini ramai yang akan berangkat pulang ke desa halaman untuk bersama-sama keluarga tercinta. Maklumlah esok sudah mula bercuti. Cuti Hari Pekerja + cuti hujung minggu + cuti Hari Wesak dan cuti gantian lagi. Aku jugalah nampaknya terpacak dirumah bersama anak isteri. Apa nak buat, kan? Keadaan memaksa. Tapi, bukan itu yang aku nak kisahkan sangat. 

Menurut jadual yang disediakan oleh doktor yang menyediakan Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz, setiap hari Isnin, hari Rabu dan hari Jumaat aku perlu datang ke wad untuk ambil stok Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz. Memandangkan esok cuti umum, nampaknya hari ini aku kena ambil stok lagilah ni selepas semalam aku sudah ambil stok TPN adik Izz untuk semalam dan hari ini. Stok hari ini untuk TPN adik Izz hari esok. 

TPN
Dulu-dulu camnilah sekali amik stok. Padat terus cooler box tu! Sekarang, 2 sahaja sekali ambil.

Kalau dulu, aku boleh dapatkan stok sehingga 4 hari. Tapi sekarang doktor TPN dah limitkan kepada 2 stok sahaja setiap kali ambil. Mungkin untuk elakkan nutrisi tidak menjadi NEUTRAL ataupun kurangkan kesang infection pada adik Izz. Aku ikut sahaja. Asalkan adik Izz mendapat nutrisi secukupnya dan sihat itu sudah memadai. 

Icebox
Cooler box nih perlu diteakkan dengan ais terlebih dahulu untuk mengelakkan TPN menjadi NEUTRAL.

Perkara penting untuk ambil TPN adalah 'cooler box'. Kalau tertinggal ni, aku sanggup balik untuk mengambilnya. Pernah lah juga beberapa kali terjadi disebabkan kelupaan melampau. Apa nak buat, banyak sangat fikirkan macam-macam. Isnin depan walaupun cuti, terpaksa juga datang ambil stok TPN. Kalau hari bekerja aku cuma ambil stok TPN di wad je, kalau hari cuti pula kena ambil di blok utama HKL nun. 

Sudahlah susah nak parking. HKL oh HKL.

Share:

27 Apr 2015

MESIN 'PENYAMBUNG' NYAWA?

Assalammualaikum . . .

Penyakit Short Bowel Syndrome (SBS) atau Sindrom Usus Pendek yang dihidapi membuatkan adik Izz perlu bergantung kepada Total Parenteral Nutrition (TPN) atau Nutrisi Parenteral sepanjang hayat. Nutrisi Parenteral (TPN) akan disalurkan melalui tiub Central Venous Line (CVL) yang ditanam di dadanya terus ke saluran darah utama. Proses ini akan berjalan selama 12 jam sehari menggunakan mesin Infusion Pump (TERUMO). 

Infusion Pump khas untuk pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) dimana kadang-kadang drip HSD5 dan HSD10 juga menggunakan mesin ini.

Setakat ini, maksima 2 hari sahaja yang adik Izz dapat bertahan tanpa Nutrisi Parenteral (TPN). Tanpa nutrisi secukupnya, ia akan membantutkan atau melambatkan sedikit tumbesaran adik Izz. Atas sebab itulah pakar mencadangkan adik Izz menggunakan tiub suapan (feeding tube) Gastrostomy yang ditanam di perutnya. Buat masa sekarang, tiub suapan Gastro berkenaan hanya digunakan untuk memberi adik Izz susu + glucose semata-mata apabila Nutrisi Parenteral diberhentikan selama 2 hari. 

Pemberian susu Mamex Gold Pepti + Glucose akan menggunakan syringe 50CC dan disalurkan melalui tiub menggunakan mesin Syringe Pump (TERUMO). Saranan pakar ketika ini adalah sebanyak 75ML susu + glucose diberi selama 3 JAM dan adik Izz akan rest pula selama 1 JAM. Selepas itu, pemberian susu + glucose akan disambung semula. Purata sebanyak 6 KALI adik Izz akan menjalani proses pemberian susu melalui tiub suapan Gastro.

Syringe Pump dahulunya digunakan untuk tujuan pemberian LIPID, namun kini ianya khas untuk beri susu + glucose
 
Sekarang adik Izz dibawah Program Home TPN dimana semuanya akan dilakukan dirumah sendiri oleh aku dan mama Izz. Bekalan Nutrisi Parenteral (TPN) disediakan oleh pihak hospital manakala kelengkapan lain yang pakai buang akan disediakan sendiri oleh kami (anggaran kos sebulan RM600 - RM800). Jika dahulu ada 1 TIUB yang perlu dijaga iaitu tiub Central Venous Line (CVL), tetapi kini ada 2 TIUB yang perlu dijaga rapi disebabkan pertambahan tiub suapan Gastrostomy. 

Jika ditanya APAKAH HARAPAN KAMI? Rasanya semua boleh agak APA JAWAPAN KAMI.

Share:

9 Oct 2014

PROGRAM HOME TPN (TOTAL PARENTERAL NUTRITION)

#THROWBACK# Paling lama adik Izz warded adalah masa kali pertama ADMIT to HKL. 6 bulan jugalah adik kene tahan. Selepas melalui beberapa sesi pembedahan dan keadaan adik Izz sudah mula stabil, doktor memberi kebenaran untuk adik Izz DISCAJ.

Home TPN Programme
Pertama kali adik Izz balik rumah selepas 6 bulan bertapa di wad!
(Admit 12 Nov 2013 - Discaj 22 Apr 2014)

Tetapi dengan syarat adik Izz perlukan PROGRAM HOME TPN (Home TPN Programme) iaitu pemberian nutrisi tambahan di rumah. Dan untuk program itu, ada beberapa kriteria yang perlu dipatuhi sebelum adik Izz disahkan boleh pulang. 

Antaranya :

1 | adik Izz memerlukan bilik khas

 2 | bilik haruslah berhawa dingin

Home TPN Programme
Guna bilik no.2 sebagai bilik adik Izz. For him only! 

3 | mesin infusion pump (TPN) dan mesin syringe pump (LIPID)

Terumo Infusion Pump for TPN
Nih Infusion-Pump. Penting dalam menyalurkan keperluan nutrisi adik Izz direct to 
salur darah near to jantung!

Terumo Syringe Pump for Lipid
Haaa, yang ni le Syringe-Pump dan yg dlm picagari besor gedabak tu ler LIPID.

3 | peti sejuk khas

4 | rak bertingkat untuk tujuan penyimpanan bekalan perubatan

5 | troli khas

Keperluan Home TPN
Rak bertingkat untuk kelengkapan adik Izz siap berlabel, troli khas untuk dressing adik Izz 
dan peti ais khas ntuk simpanan stok TPN n LIPID adik Izz

6 | sinki khas (tak boleh berkongsi sinki)

Sinki khas untuk Home TPN
Nih sinki khas adik Izz. tak boleh guna untuk public-used kecuali mandikan adik Izz, 
cuci tangan (nak pegang adik Izz haruslah bersih)

7 | aku tambah TV dan dekoder astro dlm bilik adik Izz 
supaya dia dan yang menemani adik Izz tidak bosan. Maklumlah selepas ON mesin, TPN n LIPID akan running 12 jam,so melekat le situ xbleh kemana2. (adik Izz kan guna tubing kat dada)

8 | dan lain-lain (banyak jugak menatang lain2 nih) 

Senang cerita, persis bilik rawatan yang ade kat hospital le. Dah semuanya main khas2 pulak.Nampaknya perlulah buat renovation sedikit sebanyak. Oleh kerana kami nak sangat adik Izz balik rumah, (ye lah boleh jadi mental woo duk spital lelama ni) maka terpaksalah kami turut semua keperluan itu dan kalau kriteria itu tidak cukup adik Izz tidak dibenarkan pulang. Jangan anggap remeh tau sebab pharmacist dgn doktor datang rumah tu buat checkup.

Next aku cerita HOW TO DRESSING masa nak ON TPN dan LIPID k! In Shaa Allah.


Share:

13 Nov 2013

PEMBEDAHAN SIRI KE 2 | SMALL BOWEL RESECTION

Hari ke enam (06) adik Izz sakit juga, adik Izz di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Adik Izz menjalani Pembedahan ke-2 (Small Bowel Resection). Usus kecil adik Izz yang betul-betul telah mati (tiada aliran darah) dibuang oleh pakar pembedahan kanak-kanak HKL. Disinilah mulanya adik Izz di diagnose Short Bowel Syndrome (SBS) yang mana pada pembedahan ini, sepanjang 10CM usus kecil adik Izz telah dibuang dan selebihnya dibiarkan dahulu kerana belum 100% disahkan usus tersebut telah mati. 

Disahkan ketika ini hanya 5CM usus kecil adik Izz yang benar-benar dalam keadaan baik dan sihat. Ini juga merupakan hari pertama adik Izz diberi Nutrisi Parenteral (TPN).


Nampak sedikit baik berbanding sebelumnya.


Share: