Post Top Ad

Showing posts with label Tolong Dengan Ikhlas. Show all posts
Showing posts with label Tolong Dengan Ikhlas. Show all posts
July 27, 2017

“ADIKKK...TOLONG PAPA!"

Dah besar, dah 4 tahun 4 bulan usianya. Dulu, kalau minta tolong, sedikit liat je. Tolong tu tolong juga, tapi bergantung kepada jenis pertolongan yang diminta. Sekarang, dah berbeza. Bila minta tolong, nescaya dia akan tolong. Mintalah tolong apapun, dia akan tolong.

Urus sendiri nutrisi. Itu yang aku sedang latih sekarang tapi bukanlah sampai tahap kena dressing sendiri. Itu kena tunggu dia lagi besar.

Pagi-pagi kalau dia terjaga bila sudah disconnected TPN, aku akan minta tolong dia angkatkan cooler box dan letakkan diluar. Dan dia, dengan senang hati akan angkat cooler box berkenaan dan letakkan kat luar rumah. Cooler box tu walaupun kosong, berat juga tau. Nampak usahanya walaupun terkedek-kedek. Good boy!


Petang, cooler box sudah berisi dengan ais batu dan TPN. Berat, dia tak terangkat langsung. Aku saja test. Takpa. Aku akan minta tolongnya bukakan peti ais, dan mintanya tolong simpankan TPN. Dia tolong. Good boy!


Sekarang, dia dah biasa. Dia tahu apa yang nak dibuat. Pagi, tolong letakkan cooler box diluar rumah. Dan petang, tolong bukakan peti ais dan simpan TPN. Kadang-kadang, baju pun aku minta dia tolong letakkan ke dalam bakul. Bukan buli, tapi ajar. Hehehe.

Walaupun dia bergantung dengan TPN, aku nampak dia bersemangat. Tak sedikit pun dia tunjukkan yang dia tak larat, tak sedikit pun dia tunjukkan yang dia lemah. Alhamdulillah. Semoga dia terus sihat dan sembuh hendakNYA, Inshaa Allah.

Dia adalah, adik Izz!