Post Top Ad

Showing posts with label Pray for Izz. Show all posts
Showing posts with label Pray for Izz. Show all posts
October 08, 2017

BAGAI ADA SESUATU YANG MEMBERAT DI BENAKNYA

Muhd. Izzsyraq Azraq @ adik Izz ni seorang yang aktif dan ceria. Walau bagaimana sekalipun keadaannya, dia tetap masih mampu mengutus senyuman. Beberapa kali selepas pembedahan, dia lantas duduk dan bangun apabila habis kesan ubat biusnya. Kuat semangatnya.

Namun dalam keceriaannya itu, ada beberapa ketika atau situasi yang dia akan termenung jauh. Waktu itu kalau kita panggil namanya sekalipun, dia tidak menjawab. Bagaikan berkhayalkan sesuatu. Ada sesuatukah yang memberati benaknya?


Dia kanak-kanak berusia 4 tahun, takkanlah seperti orang dewasa pula yang banyak memikirkan masalah? Moment termenung jauh tu pun jadinya tak lama, tapi biasa terjadi bila adik Izz berada diluar. Contohnya bila aku bawanya ke taman. Abang-abangnya asyik bermain, dia pula terasing di satu sudut memandang jauh.

Pandang tapi tak cakap apa-apa. Bila panggil tak menyahut. Beberapa ketika, dia senyum. Takkanlah berangan pula? Aku rasakan itu sebagai melucukan, dalam masa yang sama kasihankannya. Bila ditanya “kenapa adik?", takda pape katanya. Emmm...


Takpalah adik, dah banyak yang adik lalui. Mungkin adik ambil beberapa saat dari masa yang ada untuk merenung ke masa-masa lalu. Papa dan semua sentiasa mendoakan kesembuhan dan kesihatan adik. Semoga apa yang adik tertinggal selama ini, boleh ditebus kemudian nanti. Inshaa Allah.

4 tahun sebagai pesakit Short Bowel Syndrome (SBS), adik Izz sudah lalui 31 kali prosedur di dewan bedah dan 27 kali pembedahan serta 855 hari warded termasuk 4 kali ICU. Semoga apa yang dilaluinya ini dibalasNYA berlipat ganda. Oklah, dah nak on TPN adik Izz. Bye!
June 05, 2017

BERSEDIA SETIAP MASA

Miliki seorang anak syurga memerlukan kami bersedia setiap masa. Apapun boleh terjadi. Tak putus-putus doa buatnya agar sentiasa dibawah lindungan Ilahi. Tapi iyalah .. apa yang kita sangkakan baik, belum tentu baik padaNYA. Apa yang kita sangkakan buruk, belum tentu buruk padaNYA. DIA penentu segalanya.

Adik Izz merupakan seorang pengidap “rare disease" Short Bowel Syndrome (SBS). Hidupnya buat masa sekarang bergantung kepada Total Parenteral Nutrition (TPN)/ Nutrisi Parenteral. Bekalan nutrisi yang diberi `bypass' pemakanan secara normal.


Untuk menerima TPN, adik Izz perlu ada tiub CVL (Central Venous Line). Haaa...bab inilah yang pada aku paling sukar sekali untuk dijaga. Clean Technique, Aseptic Technique, Sterility lah apa bagai. Silap sedikit, line infection. Leka sedikit, dislodged. Aduhai!

Sebab itu aku kata, Kami perlu bersedia setiap masa. Apapun boleh terjadi. Biasanya apabila terjadi sesuatu, aku akan tanya doctor or pharmacist dahulu, sama ada perlu bawa ke wad ataupun perlu ke hospital berhampiran?
Itulah pentingnya disimpan nombor telefon wad, nombor telefon pharmacist, dan mungkin nombor telefon jururawat. Mereka lebih arif, jadinya PERLU untuk maklumkan mereka dahulu jika berlaku apa-apa. Contohnya, seperti apa yang terjadi semasa proses “Connect TPN and Dressing CVL" petang tadi.


Belum boleh cerita lebih lanjut, sebabnya aku perlukan pengesahan doktor dahulu. Yang pasti, esok adik Izz perlu ke wad KK4 Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Allah, semoga dipermudahkanlah olehMU segala urusan adik Izz. Baru sahaja discharged, aku harap adik Izz tak perlu admit ward. Mudah-mudahan.
June 03, 2017

TAK TAHU NAK UPDATE APA

Kali terakhir aku update pasal adik Izz di facebook ialah pada tanggal 30 May 2017. Kali terakhir aku update pasal adik Izz di page facebook pula ialah pada tanggal 29 May 2017. Alaaa...baru beberapa hari je kan? Setakat hari ini, baru 4 hari.

Saja je .. Aku sengaja kurangkan update berkenaan adik Izz di media sosial, biar orang tertanya-tanya. Haha! Dan memang ada yang bertanya. PM di personal fb aku mahupun PM di page fb aku. “Macamana adik Izz", “Lama tak dengar kabar adik Izz", “Adik Izz sihat ke?", “Kenapa tak update pasal adik Izz?". Ramai yang ambil berat keadaan adik Izz rupanya, TERIMA KASIH.


Bukan apa. Kadang-kadang, sampai aku tak tahu nak cerita apa pasal adik Izz ni. Rutinnya sama setiap hari. Hari ini connect TPN, dressing CVL, disconnect TPN. Esoknya pula connect TPN, dressing CVL, disconnect TPN. Bukan aku bosan, tapi aku khuatir orang yang bosan nanti. Balik-balik cerita yang sama saja. Hehe!

Tapi aku tahu, orang tak bosan pun. In fact, mereka nak sangat tahu perkembangan adik Izz. Dah lama, kan? Sejak tahun 2013 lagi orang follow kisah adik Izz ni dan bertambah tahun ke tahun. Aku tahu, semua doakan untuk lihat adik Izz sembuh. Semua nak adik Izz free TPN dan jalani life seperti kanak-kanak normal yang lain.


Inshaa Allah, jika ada apa-apa aku akan beritahu semua. Buat masa sekarang, Alhamdulillah adik Izz baik-baik saja. Semua dah banyak tolong kami. Adik Izz dan keluarga takkan lupakan budi baik semua. Update tetap ada, cuma mungkin selang beberapa hari.

Tak apa, kan?