Post Top Ad

Showing posts with label Ortopedik. Show all posts
Showing posts with label Ortopedik. Show all posts
June 08, 2017

SAKIT KAKI KIRI

Kali terakhir adik Izz alami gejala sakit pada kaki kirinya ialah pada Nov-Dis 2016. Kali kedua seumpamanya terjadi. Waktu itu adik Izz ditempatkan di Wad Ortopedik (KK7) Institut Pediatrik HKL setelah mendapatkan rawatan awal di Hospital Putrajaya.


Waktu itu, pelbagai siri ujian telah dijalankan namun tidak menemui sebabnya. Xray kaki, xray spinal dan ultrasound tetap tak jumpa kenapa. Secara mata kasarnya, tiada tanda-tanda pun pada kaki adik Izz. Bengkak tiada, kemerahan tiada, lebam pun tiada.

Yang pasti, adik Izz akan mengadu sakit dan apabila didirikan, adik Izz akan membengkokkan kaki kirinya. Sudahnya, ia sembuh dengan sendiri. Itupun selepas adik Izz habis antibiotik kerana MRSA.

Sakit kaki kiri terjadi lagi. Masih kaki kirinya. Bezanya kali ini, kaki adik Izz bengkak pada bahagian lutut. Memang ketara nampak bengkaknya. Adik Izz hanya berbaring dengan sesekali duduk dan mengaduh kesakitan. “sakit, sakit, sakit". Macam biasa, doktor akan refer kepada ortopedik.


Harapnya, kali ini dapatlah kesan puncanya. Mungkinkah kerana jangkitan kuman? Mungkinkah kerana ada cecair dibahagian berkenaan? Atau mungkin cuma tersalah urat? Wallahualam. Nanti ortopedik akan lakukan beberapa siri ujian untuk mengenalpastinya. Semoga ada jalannya. Inshaa Allah.
December 08, 2016

WAD KK7 INSTITUT PEDIATRIK HKL ANTARA YANG TERBAIK

Hari ini mungkin adik Izz akan dipindahkan semula ke `rumah'nya iaitu Wad KK4. Sejak tahun 2013 lagi adik Izz telah mendapatkan rawatan disana. Tahu tidak, Wad KK4 juga dikenali sebagai Wad Pembedahan di Institut Pediatrik HKL? Ok, aku dah lama tahu. Hehehe...

Kemasukan (admitted) adik Izz baru-baru ini adalah di Wad KK7 Institut Pediatrik juga dikenali sebagai Wad Ortopedik dan Wad Pembedahan. Ini kerana adik Izz alami kesakitan pada kakinya. Merasa juga tinggal di wad lain selain Wad KK4. Ubah angin, orang kata.


Wad KK7 berbeza dengan Wad KK4 walaupun dalam bangunan yang sama. Ini kerana layout Wad KK7 adalah dua katil sebilik disertakan dengan bilik air dan berhawa dingin. Lebih memudahkan untuk meninggalkan adik Izz jika mama Izz/opah Izz perlu ke tandas. Adik Izz tak macam anak-anak lain, hendak ditinggalkan dan diperhatikan jururawat, emmm ... dia tidak mahu.

Walaupun adik Izz ditempatkan di Wad KK7, TPN (Nutrisi Parenteral) tetap juga perlu diberikan kepada adik Izz. Tak boleh skip unless terpaksa. Mungkin akan datang tak perlu TPN, siapa tahu kan?

Menariknya disini, Wad KK7 kurang familiar dengan dressing CVL dan TPN. Kurang familiar maksud aku jarang-jarang buat, bukanlah tidak tahu buat. Apa yang membanggakan adalah jururawat minta `assist' daripada mama Izz untuk dressing CVL dan TPN sepanjang adik Izz di Wad KK7. RESPEK!


Tak segan mereka akui dan tak segan bertanya. Iyalah, lama dah tak buat mungkin ada yang sudah lupa dan kekok. Aku sendiri pun bila adik Izz lama di wad, kekok rasa nk dressing bila adik Izz Home TPN (Home Parenteral Nutrition).

Sama seperti di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya hari tu. Jururawat yang dressing CVL adik Izz, minta assist daripada mama Izz. Mulanya mama Izz nak buat sendiri, tapi jururawat berkeras nak buat sendiri. “Takpe kak...biar saya buat. Akak assist saya ye. Beritahu apa yang perlu dibuat."

TERIMA KASIH buat warga Wad KK7 Institut Pediatrik HKL atas layanan baik anda semua. Aku sangat berharap yang adik Izz boleh stay lagi disini. Hehehe.. Nak buat macamana, arahan doktor agar adik Izz dipindahkan ke Wad KK4, turuti sajalah. Wad KK4 pun sama juga, terbaik!

Eh, bukankah Wad KK7 pun Wad Pembedahan? Tak payah pindah, boleh? Hehehe... Oklah, mana-mana pun sama. YANG PENTING, adik Izz sihat. Teruskan berdoa buatnya kepadaNYA. Inshaa Allah.