Post Top Ad

Showing posts with label Kedai Mesra. Show all posts
Showing posts with label Kedai Mesra. Show all posts
September 27, 2017

RUMAH CIK ONAH

Kalau korang biasa follow ig aku (the_izz_s), mesti korang perasan yang aku selalu sebut RUMAH CIK ONAH kan. Bila sebut Rumah Cik Onah, mesti kena ada adik Izz. Adik Izz memang sinonim dengan Rumah Cik Onah ni. Dia cukup suka untuk ke Rumah Cik Onah. Siapa Cik Onah ni?

Adik Izz ni 'speech delay' sikit. Boleh cakap tapi ada certain words tu, agak pelat bunyinya. Asalnya Onah je, tapi aku yang tambah jadikan Rumah Cik Onah untuk sedapkan ayatnya. Heheh! Tak pasal, sampai sekarang lekat perkataan Rumah Cik Onah.

Ok, meh aku bagitahu siapa Cik Onah ini! Onah ni merujuk kepada Kedai Mesra Petronas. Kahkahkah! Adik Izz memang sebut Petronas as "Onah". Dia tak dapat sebut Petronas dengan penuh. Dalam seminggu, 2 atau 3 kali aku akan bawa adik Izz ke Rumah Cik Onah ni. Biasanya hari Sabtu atau Ahad ataupun bila cuti umum. Dia memang suka Cik Onah ni. Kalau naik kereta tu, bila jumpa Stesen Minyak Petronas, mesti adik Izz suruh singgah. "Onah...Onah...Onah" katanya.


Bila di Rumah Cik Onah, biasanya adik Izz akan ambil Twiggies (Chocolate), susu kotak dan juga Nescafe tin (air papa katanya). Ulang-ulang yang itu juga yang adik Izz akan ambil. Yang jadikannya minat Cik Onah ni, bila time bayar. Adik Izz akan minta untuk duduk di atas kaunter dan ambil straw. Dia suka gigit straw tau. Maaflah Cik Onah, kadang-kadang terambil segenggam straw. Heheh!

Ada 2 lokasi Rumah Cik Onah kegemaran adik Izz. Iyalah, itu je pun Rumah Cik Onah berhampiran. Satunya di Petronas Presint 9 dan keduanya, di Petronas Solaris Serdang. Petronas Presint 9 tu ye lah sebab dekat rumah aku. Yang Petronas Solaris Serdang tu bila adik Izz perlu jalani checkup di HKL je ataupun aku perlu ambil stok TPN bila cuti. Yang ini aku tak dapat elak sebabnya aku guna laluan Lebuhraya Besraya untuk ke KL. Tak singgah kalu, kena marah lah.

So, korang tau dah kan siapa Cik Onah ni?