Post Top Ad

Showing posts with label Kambing Golek. Show all posts
Showing posts with label Kambing Golek. Show all posts
July 24, 2017

ALONG MAKAN KAMBING GOLEK?

Baru-baru ini, persatuan penduduk blok aku adakan Majlis Silaturrahim Aidilfitri. Memang tiap-tiap tahun diadakan sambutan Aidilfitri. Maklumlah, time ni je lah kami boleh beramah-mesra, kenal-mengenali sesama penduduk. Hari-hari lain, bertegur sapa dalam lif je lah pergi dan pulang dari kerja. Kalau dengan geng surau tu, lainlah. Memang kerap jumpa.

Tiap tahun jugalah aku tak pernah tak datang, walaupun ada tahun tu, aku cuma datang makan saja. Hehehe. Actually, aku antara AJK persatuan penduduk disini.


Menu Aidilfitri? Biasalah kan. Ada ketupat, ada lemang, ada nasi, ada rendang ayam/daging, ada sate, ada mee/bihun/kuetiaw sup, ada kuih-muih, ada buah-buahan. Cuma tahun ini ada kelainan sikit. Ada kambing golek. Ada bajet lebih sikit tahun ni.

Aku biasa pergi dengan along dan angah. Dua orang ni memang team aku, tak boleh pisah. Bawa sorang, kena bawa lagi sorang. Tak boleh tidak, kena bawa keduanya. Kembar? Bukan, tapi macam kembar.

Along ni lain sikit, tak macam angah. Along jenis memilih makanan. Banyak yang dia tak makan berbanding dengan angah, banyak yang dia makan. Biasanya, along cuma makan mee sup dan air. Kalau ada lemang, dia makan lemang tanpa rendang. Angah? Tolak bangku kerusi je, semua dia sumbat.






Ada yang lain pada along kali ini. Aku tanya “Along nak makan apa? Papa ambilkan". Dia cuma jawab, “Along nak makan kambing je". Hah? Terkejut aku. Selama 9 tahun, aku tak pernah nampak along makan daging, apatah lagi daging kambing. Kat rumah mama masak sup daging, sup tulang, kari daging, daging masak kicap, daging masak rendang, daging masak merah, macam-macam lagilah, dia tak pernah cuba pun. Kalau ada, dia cuma ambil kuah sahaja. Tapi kali ini, dia minta kambing? Biar betik!

Oklah, aku ambil beberapa potong daging kambing golek dan beri padanya. Dan dia....makan. Habis sepinggan, dia tambah lagi. Itu je yang dia makan. Tak sangka, along makan kambing golek. Sedap katanya. “Emmmm, along suka makan kambing". Entahlah, mungkin dah besar ni, dia dah berani nak cuba makanan pelbagai. Aku suka.


Malam tu, kambing golek habis awal. Ala, sekor je pun. Cukuplah semua dapat merasa walaupun bukan semua makan kambing, kan? Yang tak sangka, sate tak habis malam tu. Hahaha. Biasanya, tak cukup. Siap boleh bawa balik lah.

Ok lah!