KENAPA IKAT GETAH DEKAT KOLAR BAJU?

Hehehe, kalau aku post dekat Facebook dan Instagram, mesti ada yang tertanya-tanya “kenapa kolar baju adik Izz berikat dengan getah?". Ramai yang perasan ya! Aku panggil `BUNJUT'. Haahaa.

Tujuannya bukan apa, cuma nak jaga tiub CVL adik Izz tu. Sekurang-kurangnya, sukarkan adik Izz untuk tarik tiub CVL tu. Sama juga dengan pakaikan adik Izz glove semasa dia sedang tidur. Ikutkan, susah nak tarik tiub CVL tu. Ada 3 lapis Hypafix ditampal atas tiub CVL tu. Tapi iyalah, budak-budak kan.


Kalau tak ikat getah pada kolar baju, dada adik Izz agak terdedah. Khuatir adik Izz akan seluk dan tarik tiub CVL je. Bila diikat dengan getah, dadanya akan tertutup. Jadi, susahlah sikit adik Izz nak “buat projek". Hehehe.


Itu je pun fungsi ikat getah dekat kolar baju adik Izz. Ikhtiar. Tiub CVL tu sudah 15 kali insert. Itu yang takut tu. Faham kan apa yang aku maksudkan? Semoga dipermudahkanNYA. Inshaa Allah.

2 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan adik izz.. ooo patut la baju tu ada bunjut hehehe

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my