FESTIVAL NASYID CERIA PUTRAJAYA 2017

Aku tahu yang sudah beberapa minggu angah Izz berlatih nasyid dengan rakan-rakan tabika nya. Setiap hari angah Izz akan ulang nyanyi lagu Hambamu (Mawi ft. Akhil Hayy) tu, supaya dia hafal lagu berkenaan. Yang aku tak tahu, rupa-rupanya angah Izz ni `lead singer' bagi kumpulan nasyidnya Little Mujahid. Terkejut juga. Hehehe.


Pagi tadi berlangsungnya acara saringan Festival Nasyid Ceria Putrajaya bertempat di Dewan Kompleks Komuniti Presint 9, Putrajaya. Alhamdulillah ramai peserta wakil dari taska, tabika dan pra sekolah yang menyertai festival ini, ada 14 kumpulan penasyid cilik kesemuanya dengan 14 lagu nasyid dipersembahkan.


Kumpulan angah Izz iaitu Little Mujahid, menjadi kumpulan ke-8 yang akan mengadakan persembahan. Seronok melihat gelagat penasyid-penasyid cilik ni. Dengan masing-masing mengenakan busana yang cantik-cantik, nampak comel je anak-anak ini.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tahniah kepada semua peserta. Tahu tidak, 3 pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan ke pusingan akhir Festival Nasyid Ceria yang akan diadakan di PICC Putrajaya pada 30 September ini. Bertanding dengan wakil zon-zon yang lain. Lumayan juga hadiah yang ditawarkan.


Walaupun team Little Mujahid tidak terpilih antara 3 pemenang, namun persembahan mereka tetap terbaik. Begitu juga dengan 10 lagi team penasyid cilik yang tidak terpilih. Buat 3 team penasyid cilik yang terpilih, tahniah diucapkan dan selamat berjaya. Anda memang terbaik diantara yang terbaik.

Pujian buat penasyid cilik semua. Walaupun anak-anak ini usianya rata-rata 5-6 tahun, mereka berani untuk tampil di atas pentas membuat persembahan dihadapan hadirin yang ramai. Mereka boleh cover rasa malu-malu, cover rasa takut-takut, menyanyi pun tak lupa lirik. Rasanya kalau aku dipanggil naik ke atas pentas, mahu gagap dibuatnya. Hehehe.


Tahniah kepada semua!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my