Post Top Ad

TAK BOSAN KE?

Paling awal adik Izz on TPN ialah pada jam 6 petang kecuali hari Jumaat dan Sabtu, yang mana aku akan lewatkan sedikit. Biasanya dalam jam 8 malam. Paling lewat aku pernah on TPN adik Izz, jam 10 malam. TPN adik Izz ni running selama 12 jam. Mesti ada yang tertanya-tanya, apa yang adik Izz buat sepanjang dia on TPN? Tak bosan ke?

Kalau difikirkan 12-14 jam terperap dalam bilik, memang membosankan buat adik Izz, mungkin. Penjaga rasanya tiada masalah, sebabnya berganti-ganti. Biasanya selepas on TPN, mama Izz yang akan jaga adik Izz sehingga aku ambil shiff berikutnya. Shiff aku selalunya bermula lepas Maghrib, dan aku akan ambil alih jaga adik Izz sehingga mama Izz selesai solat Maghrib, selesai memasak makan malam, selesai along Izz dan angah Izz mengaji, selesai solat Isyak, dan selesailah semuanya.


Adik Izz biasa tidur jam 12 malam. Maknanya masa berjaganya ada 5-6 jam. Apa nak buat sepanjang 5-6 jam adik Izz berjaga? Jam 7:30 malam tu okeylah sikit kerana ada cerita Upin dan Ipin. Jam 8 malam, aku tengok berita, adik Izz akan tengok phone. Dalam phone dia, macam-macam video ada. Itulah peneman dia.

Bila adik Izz dah bosan atau phone habis bateri, dia akan minta pensel warna dan buku pula. Tak cukup buku, dia “berkarya" pula pada dinding. Main mainan? Along dan angah akan jadi mangsa. Mereka jadi tukang kutip mainan. Mainan kecil tu, dia akan buang ke bawah dari baby cot dia. Tak ambil, marah. Bila ambil, dibuangnya semula.

Kadang-kadang, aku tunjukkan adik Izz gambar-gambar lamanya. “sakit...sakit..." katanya bila dia tengok gambarnya dengan CVL, gambarnya di ICU, gambarnya selepas pembedahan, gambarnya dengan Gastrostomy. Kesian pula rasa. Tak cukup dengan itu, aku akan buka satu persatu laci simpanan barang-barang adik Izz. Aku tanyakan satu persatu “Apa ni?". Dia tahu semua barang-barangnya. Gauze, Heparin, Saline, Glove, Facemask, Syringes, Povidone, Dressing Sets, Stopper, Tubing, Filter, Water dan lain-lain.


Itulah rutin adik Izz bila dia on TPN. Tengah malam bila dia dah rasa mengantuk, dia akan minta untuk dipakaikan glove. Dah biasa, kan. Pakaikan glove, letak towel Didi and Friends, tutup lampu dan mama Izz akan tepuk pinggul atau kakinya. Tak lama, hanyut. Begitulah adik Izz. Tak bosan, kan? Hehehe, bosan juga sebenarnya. Tapi apa boleh buat? Dah bertahun begini. Mungkin bila dah sembuh nanti, lain pula kisahnya? Inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!