CARI MASA, LUANG MASA DAN BERGEMBIRA

Sebagai seorang Total Parenteral Nutrition (TPN) dependent, banyak masa adik Izz HANYA di rumah. 12-14 jam sehari dihabiskan HANYA untuk TPN, prep-connect-infuse-prep-disconnect. TPN bukan untuk sehari tetapi setiap hari. Bayangkan duduk dirumah selama seminggu tak keluar? Boleh jadi tak sihat tau!

Adik Izz tiada halangan untuk outing jika keadaannya mengizinkan, cuma perlu elakkan tempat-tempat yang crowded, sebolehnya kecuali ke hospital. Tujuannya, untuk kurangkan risiko infection (jangkitan kuman). Sebab itu, setiap 2 minggu sekali jika keadaan mengizinkan, aku akan bawa adik Izz keluar.


Keluar dari rumah, satu perkara yang sangat menggembirakan adik Izz. Kalau nak keluar dari rumah, pastikan semua orang sudah bersiap barulah adik Izz bersiap. Jika adik Izz siap dahulu, emmm dia terus nak keluar. Di Putrajaya ni, Alhamdulillah banyak tempat adik Izz boleh pergi tanpa perlu bersesak-sesak, contohnya Dataran. Paling penting, tak perlu keluar modal. Hehehe, saving!

Adik Izz keluar, abang-abang happy. Kenapa? Sebabnya, along Izz dan angah Izz pun sama dapat outing. Mereka lah yang lebih banyak bising di rumah, “Bosanlah, papa. Asyik duduk rumah je!", “Hari ni takda kemana-mana ke, papa?". Aku suka pergi ke tempat yang luas pemandangan, senang nak perhatikan anak-anak. Sebabnya aku suka lepaskan mereka bebas.


Paling rasa seronok bila keluar tentunya adik Izz. Maklumlah, sesekali dapat keluar. Excited lebih. Along Izz dan angah Izz lainlah, mereka 5 hari seminggu keluar pergi sekolah. Semua dia nak cuba. Tak boleh duduk diam langsung. Tak apalah, sesekali kan, apa salahnya.

Aku harap bila emosi adik Izz baik, sakitnya juga semakin baik. Sekurang-kurangnya dapat kurangkan jumlah jam TPN ke, ataupun dapat kurangkan bilangan hari TPN ke, itu pun dah cukup baik kan. Buat masa sekarang, belum ada plan berkenaan, mungkin akan datang, siapa tahu kan?

Inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my