ANDA FIKIR SAYA ADA MASA UNTUK SAKIT KEPALA?

Apa-apa pun, selesaikan urusan adik Izz dahulu. Itu yang penting sekarang ni. Badan rasa tak sihat, rasa nak demam, pening-pening kepala? Tahan dulu. Sakit kita ni tak sama dengan sakit yang adik Izz alami. Dia lebih rasa tak selesa sebenarnya namun dia rileks je.

Pagi dah lambat nak pergi kerja? Along Izz dan angah Izz dah lambat nak ke sekolah? Takpa, itu boleh dirunding dengan bos dan cikgu. Yang penting, off dulu mesin adik Izz, dressing dahulu dan disconnected TPN dia. Barulah adik Izz selesa. Dia dah lah semalaman “terjerat" dengan TPN.


Bila petang, “Abang .. sayang rasa nak ke klinik lah! Rasa tak sedap badan ni." “Sabar dulu ye, sayang. Kita dressing dulu CVL adik Izz, kita connect dulu TPN adik Izz, dah selesai barulah kita ke klinik ye. Boleh, kan?" Biasanya, boleh saja. Baik aku mahupun mama Izz, kena tahan sakit dulu (kalau sakit lah) untuk selesaikan adik Izz dahulu.

Ada hari adik Izz kena checkup routine. Setiap 2 minggu. Kalau pagi, aku akan bawanya sekali selepas off and disconnected TPN. Adik Izz akan mandi di hospital je. Kalau petang, aku akan tinggalkan saja then pulang tengahari untuk ambil adik Izz. Nak tinggalkannya, off and disconnected dulu TPN.

Kasihan along Izz dan angah Izz tak kemana-mana bila cuti? Eh tak lah. Biasanya, Sabtu ataupun Ahad, aku akan bawa mereka ke Dataran Putra tu ataupun bawa mereka berjoging di kawasan perumahan aku. Syarat nak bawa mereka, tunggu aku on TPN adik Izz dulu.


Kadang-kadang aku bawa juga adik Izz tu, tapi kena tengok hari dressing CVL jatuh hari apa. Kenapa? Kalau adik Izz berpeluh, nanti dia rasa tak selesa. Kalau hari dressing CVL, dia berpeluh pun tak apa sebabnya CVL akan dicuci dan digantikan lapik yang baru. Faham kot? Hehehe.

Urusan ambil TPN? Itu urusan aku. Mama Izz tak perlu fikirkan langsung. Yang penting bekalan TPN adik Izz tak putus. Urusan dressing CVL? Itu tugas mama Izz. Dia tak yakin jari jemari keras aku ni mampu untuk cuci CVL adik Izz. Urusan connect dan disconnect TPN? Pun mama Izz yang ambil tugas. Sebabnya, aku kena handle adik Izz semasa dia takda security. Faham kot? Tak paham? Faham-faham je lah, K.

Adik Izz ni TPN dependent. Sebab tu apa-apa urusan, kena selesaikan bab TPN adik Izz. Tak dapat TPN, nanti adik Izz kena tanggung komplikasi lain. Siapa susah? Kami juga susah. Sebab tu, “Anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala?"

TIADA.

3 comments:

  1. SA ingat SA la manusia paling bz takde masa untuk diri sendiri atau untuk anak..rupanya papa izz lagi la...besar dugaan..semoga allah permudahkan buat papa izz dan mama izz...

    ReplyDelete
  2. Adik Izz relaks je. Nampak kuat je dia. Teringat masa zaman saya harungi hidup as kidney failure masa kecik dulu, macam Adik izz lah.. tak nampak macam sakit pun :)

    ReplyDelete
  3. Rumit juga kendaliannya tu. Dah biasa ok. Benda camni kena belajar supaya tak datang sakit kepala, tak gitu?

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my