HARI PENEROKA 2017, FELDA DIHATIKU

Ekspresi Felda Negaraku Malaysia, tema sambutan Hari Peneroka Kebangsaan pada tahun ini. Hari Peneroka 2017 ini diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Biasanya jika ada event di Putrajaya, aku akan pergi dengan anak-anak, tambah-tambah bila event berkenaan “masuk percuma", hahaha.


“Eh, papa! Felda lah. Macam kampung nenek lah." Ekspresi pertama along Izz bila nampak banner dan iklan di sepanjang jalan. Iya, aku anak felda, generasi ke-2 (G2). Felda Tersang nama diberi. Salah satu felda daripada beberapa felda di daerah Raub, Pahang.

Namun, tarikan buat anak-anak bukanlah Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia itu sendiri, tetapi Ekspresi Felda Upin Ipin. Hahaha. Mereka dah tak pandang dah lain-lain, hanya Upin Ipin dan kawan-kawan. Lokasi? Korang cari pintu gerbang cantik di Perbadanan Putrajaya itu. Situlah tempatnya. Alaa...tempat korang berbuka puasa atas rumput tu. Situlah, siap ada pentas lagi.






Ada persembahan disitu. Dan ada penampilan istimewa Ultraman Ribut. Haaa, menarik bukan? Aku tak pasti tentatif program. Semalam aku pergi dalam jam 5:00 pm, ada persembahan Upin Ipin dan kawan-kawan. Nyanyi-nyanyi je. Dalam jam 6:00 pm, persembahan Ultraman Ribut. Banyaklah booth Upin Ipin tu. Kat sini, kena spare duit lebih sikiy ye. Faham-fahamlah anak-anak ni macamana.

Ok, aku bukan nak cerita pasal Upin Ipin. Itu lebih kepada tarikan. Dalam khemah tertutup, lebih banyak booth yang mengekspresikan “Apa itu Felda?". Korang boleh tahu pasal sejarah Felda. Korang boleh tengok dan beli “Apa produk keluaran Felda?". Korang boleh berkaraoke. Dan ada produk iks itu, menjadi trademark kepada Felda. Setiap Felda ada produk keluaran masing-masing.






Pergilah. Mana-mana anak Felda berhampiran tu, datanglah. Yang bukan anak Felda pun, datanglah. Best! Cuma aku tak jumpa artis-artis yang berasal dari Felda je. Tengok pada Facebook dan Instagram, ramai yang bergambar dengan artis. Ada lah tu, cuma aku tak kenal kot? Hehehe.


Oklah, hari ini hari perasmian Hari Peneroka Kebangsaan 2017 dan hari terakhir event. Sempat kot aku dan anak-anak seround lagi? Nanti aku cerita lagi.

Bye!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my