AKU ADA IMPIAN

Aku impikan untuk bersarapan dengan Fasha Sandha. Aku makan nasi lemak ayam berempah, dia makan roti bakar. Aku minum teh ais, dia minum jus oren. Tak sembang apa pun, hanya makan. Selesai makan, baliklah.

Aku impikan nak lunch dengan Fazura. Dia makan spagetti, aku makan nasi gulai kawah. Dia minum laici ais, aku minum teh ais. Pun sama, tak sembang apa-apa. Masa makan tak elok bercakap. Lepas makan, baliklah.

Dinner, aku impikan dengan Ayda Jebat. Oh, aku pernah jumpa dia sekali. Waktu tu, dia lawat anak-anak di PICU termasuklah anak aku. Nak makan apa ye bila dinner dengan Ayda Jebat? Oh, aku makan chicken chop, dia makan steak. Aku minum teh ais, dia pekena sirap limau. Sama jugak, taknak sembang apa-apa. Lepas makan, baliklah.


Ok, yang atas ni angan-angan saja. Merepek lebih, bukan impian pun. Impian aku, anak aku tak perlukan TPN. Itu saja. Mungkin lama lagi, atau mungkin dalam masa terdekat? Siapa tahu. Terus berdoa kepadaNYA. Inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my