SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Pejam celik, pejam celik sudah selesai ibadah puasa kita semua. Syawal pula menjelang. Semoga kita beroleh keberkatan Ramadan mulia yang lepas. Makin dipejam makin dicelik, makin banyak pula rasanya ada salah dan dosa. Sebelum pejam nanti dah tak celik-celik harap maafkanlah ye jika ada tersalah kata, tersalah bahasa, termakan terminum, tersindir tanpa sedar.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Tahun ini merupakan tahun ke-4 kami sekeluarga meraikan Aidilfitri di bandar. Kali ini lebih berdebar sebenarnya kerana adik Izz baru selesai menjalani pembedahan. Ingatkan, kami semua akan beraya di wad pada tahun ini.

Alhamdulillah, berkat doa semua, dengan keadaan adik Izz yang baik dan stabil, adik Izz dibenarkan discaj sehari sebelum Syawal. Allahuakbar, betapa gembiranya rasa bila diberitahu adik Izz boleh discaj. Walaupun pulang dengan TPN 16-18 jam, kami tetap rasa gembira.


Dikesempatan ini, adik Izz dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua staf Wad KK4 Institut Pediatrik, rakan-rakan di wad KK4, rakan-rakan anak-anak TPN, rakan-rakan jauh dan dekat yang sentiasa mendoakan adik Izz dan menyokong kami sekeluarga. Tak lupa terutamanya, buat kaum keluarga dan sanak saudara. Maaf, kami tak dapat pulang.

Salam Aidilfitri, Ampun Maaf atas Salah dan Silap kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my