SAKIT KAKI KIRI

Kali terakhir adik Izz alami gejala sakit pada kaki kirinya ialah pada Nov-Dis 2016. Kali kedua seumpamanya terjadi. Waktu itu adik Izz ditempatkan di Wad Ortopedik (KK7) Institut Pediatrik HKL setelah mendapatkan rawatan awal di Hospital Putrajaya.


Waktu itu, pelbagai siri ujian telah dijalankan namun tidak menemui sebabnya. Xray kaki, xray spinal dan ultrasound tetap tak jumpa kenapa. Secara mata kasarnya, tiada tanda-tanda pun pada kaki adik Izz. Bengkak tiada, kemerahan tiada, lebam pun tiada.

Yang pasti, adik Izz akan mengadu sakit dan apabila didirikan, adik Izz akan membengkokkan kaki kirinya. Sudahnya, ia sembuh dengan sendiri. Itupun selepas adik Izz habis antibiotik kerana MRSA.

Sakit kaki kiri terjadi lagi. Masih kaki kirinya. Bezanya kali ini, kaki adik Izz bengkak pada bahagian lutut. Memang ketara nampak bengkaknya. Adik Izz hanya berbaring dengan sesekali duduk dan mengaduh kesakitan. “sakit, sakit, sakit". Macam biasa, doktor akan refer kepada ortopedik.


Harapnya, kali ini dapatlah kesan puncanya. Mungkinkah kerana jangkitan kuman? Mungkinkah kerana ada cecair dibahagian berkenaan? Atau mungkin cuma tersalah urat? Wallahualam. Nanti ortopedik akan lakukan beberapa siri ujian untuk mengenalpastinya. Semoga ada jalannya. Inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my