Post Top Ad

June 26, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Pejam celik, pejam celik sudah selesai ibadah puasa kita semua. Syawal pula menjelang. Semoga kita beroleh keberkatan Ramadan mulia yang lepas. Makin dipejam makin dicelik, makin banyak pula rasanya ada salah dan dosa. Sebelum pejam nanti dah tak celik-celik harap maafkanlah ye jika ada tersalah kata, tersalah bahasa, termakan terminum, tersindir tanpa sedar.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Tahun ini merupakan tahun ke-4 kami sekeluarga meraikan Aidilfitri di bandar. Kali ini lebih berdebar sebenarnya kerana adik Izz baru selesai menjalani pembedahan. Ingatkan, kami semua akan beraya di wad pada tahun ini.

Alhamdulillah, berkat doa semua, dengan keadaan adik Izz yang baik dan stabil, adik Izz dibenarkan discaj sehari sebelum Syawal. Allahuakbar, betapa gembiranya rasa bila diberitahu adik Izz boleh discaj. Walaupun pulang dengan TPN 16-18 jam, kami tetap rasa gembira.


Dikesempatan ini, adik Izz dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua staf Wad KK4 Institut Pediatrik, rakan-rakan di wad KK4, rakan-rakan anak-anak TPN, rakan-rakan jauh dan dekat yang sentiasa mendoakan adik Izz dan menyokong kami sekeluarga. Tak lupa terutamanya, buat kaum keluarga dan sanak saudara. Maaf, kami tak dapat pulang.

Salam Aidilfitri, Ampun Maaf atas Salah dan Silap kami sekeluarga.
June 22, 2017

PEMBEDAHAN SIRI KE 27 l CVL INSERTION 15

Jam 2:00 am, adik Izz mula berpuasa. Dijadualkan untuk berada di Unit Angiografi sebelum jam 8:00 am, tapi atas sebab tertentu, adik Izz perlu berada disana pada jam 9:00 am. Ini merupakan kali ke 4 prosedur CVL insertion adik Izz dijalankan oleh radiologist.


Hati sangat berdebar memikirkan salur darah untuk CVL. Pada pembedahan CVL insertion kali ke 14 yang lepas, CVL dipasang pada dada kanan adik Izz kerana salur darah pada bahagian kiri banyak yang sudah sempit dan clot (beku).

Prosedur biasa sebelum menjalani pembedahan ialah consent. Anaest akan beri penerangan bla..bla..bla.. Then IR (Interventional Radiology) pun sama akan beri penerangan bla..bla..bla.. Setiap pembedahan akan ada risikonya, tambahan pula adik Izz akan dibius penuh. 31 kali bius penuh.

CVL lama masih terletak didada kanan adik Izz. Mungkin sebagai backup sekiranya tiada salur darah yang sesuai, line yang sama akan digunakan untuk CVL baru. Mungkinlah, itu cuma tanggapan aku.

Alhamdulillah, dipermudahkanNYA, dibukakanNYA jalan, semuanya berjalan lancar. CVL baharu adik Izz dikiri dadanya. Radiologist kata ada salur darah yang boleh digunakan untuk CVL. Allahuakbar. Dahulunya sempit dan clot, tiada salur darah sesuai, kini boleh digunakan. Syukur padaNYA kerna makbulkan doa-doa kami semua.


Cumanya, ada berlaku sedikit pendarahan dan adik Izz hypo. Kini adik Izz sedang dipantau keadaannya. Melihat keadaannya yang sudah sedar, betapa Allah masih berikan adik Izz peluang untuk dijaga oleh kita semua, untuk disayangi kita semua.

Terima kasih semua. Doktor, jururawat, kaum keluarga, sahabat semua yang tak putus-putus mendoakan adik Izz. Semoga adik Izz sembuh hendakNYA. Aamiin.
June 18, 2017

TAKPE KE TAKDE TPN?

Bagi seorang TPN dependent macam adik Izz, TPN itu penting. Kalau takde TPN atas sebab-sebab tertentu, iv drip lah galang gantinya. Kenapa perlukan iv drip?


Sebelum ini, adik Izz pernah cuba untuk off TPN selama 2 hari. Hari pertama, ok. Masuk hari kedua, Hypo. Satu-satunya isu yang dihidapi adik Izz, Hypo. Ujian untuk off TPN ni dijalankan semasa adik Izz ada Gastrostomy. Sekurangnya, jika adik Izz hypo, boleh berinya susu direct pada perut. Beri mulut? Emmm, usus pendek kan. Cerna dan serap, tak banyak.

Sejak adik Izz tiada Gastrostomy, adik Izz tak pernah lagi test off TPN. Off TPN pun kerana CVL nya ada masalah. Di wad, jika adik Izz rest CVL dan off TPN, iv drip akan diberi. Itupun masih turun naik blood sugarnya. Beri makan dan minum? Emmm, usus pendek kan. Cerna dan serap, sikit. Tak support banyak pun.

Jadi, takpe ke takde TPN? Rasanya takpe, asalkan ada iv line untuk drip. Sampai hari ini, sudah 13 hari adik Izz tanpa TPN. Drip, 24 jam. CVL, beberapa hari sekali akan dressing. Tanpa TPN, ada kesan tak? Yang ketara, berat badan adik Izx akan turun which is nak naikkan semula itu agak sukar.


Bila lihat adik Izz tanpa TPN, betapa aku inginkan hari-hari mendatang adik Izz akan hidup tanpa TPN. Tapi, aku tahu kemampuan adik Izz dimana. Dia masih perlukan TPN. Untuk terima TPN, perlu ada CVL. CVL adik Izz pula, emmmm.....

Doakan adik Izz.
June 14, 2017

PEMBEDAHAN SIRI KE 26 | BEDAH ORTHOPEDIK

Pelbagai pembedahan sudah dilalui adik Izz. Namun, ini merupakan pembedahan kali pertama yang melibatkan orthopedik. Kenapa orthopedik? Sebabnya kaki kiri adik Izz membengkak (fluid on the joints). Bengkak dan menyakitkan kerana adik Izz kerap mengadu sakit sambil menunjukkan kakinya itu.


Mulanya, tidak perlu pun menjalani pembedahan. Hanya perlu diberi antibiotik dan akan pulih sendiri nanti, Inshaa Allah. Tapi selepas beberapa hari on antibiotik, bengkak masih ada dan adik Izz masih mengadu sakit. Doktor pun ambil keputusan untuk jalankan prosedur di dewan bedah.

11 jam adik Izz berpuasa sebelum dipanggil ke dewan bedah. Doktor dah terangkan pun sebelum itu, yang jika . . . . . . . . . . (Censored!), tak perlu dibedah tapi jika . . . . . . . . . . (Censored!), perlu dibedah.

Sejam lebih adik Izz di dewan bedah, aku agak mesti adik Izz kena bedah kaki. Iya, memang kaki adik Izz perlu dibedah sebabnya ada “slough" pada permukaan atas sendi. Emmm... Tak apalah, pembedahan pun berjalan dengan lancar. Doktor dah cucinya dan sampel pun sudah diambil.


Selesai bab kaki. Harapnya tidak berulang lagi selepas ini, mudah-mudahan. Berapa panjanglah luka torehan tu ye? Wallahualam. Kena tunggu beberapa hari baru boleh buka balutan.

Terima kasih semua.
June 13, 2017

JALANI PEMBEDAHAN ATAU TIDAK?

“Sakit... Sakit... Sakit", sesekali adik Izz akan mengadu kesakitan. Apabila ditanya dimana sakitnya, adik Izz akan tunjukkan pada kaki kirinya. Kadang-kadang ditunjuknya pada bahagian lutut, kadang-kadang ditunjuknya pada peha. Memang nampak bengkak pada kaki kirinya.

Walaupun adik Izz kesakitan, dia masih mampu untuk bergerak. Ada masa dia akan berdiri dibucu katil walaupun dia hanya berdiri dengan kaki kanan sambil membengkokkan kaki kirinya. Tersalah “landing", dia akan mengadu sakit.


Ujian ultrasound sebelum ini menunjukkan adanya cecair diatas sendi (fluid on joints). Awalnya .. tidak perlu menjalani pembedahan untuk membuang cecair berkenaan, hanya perlu complete kan antibiotik. Selepas beberapa hari adik Izz on antibiotics, bengkak tak juga surut, sakit tak juga hilang.

Menurut doktor, mereka akan cuba keluarkan cecair berkenaan. Jika cecair yang keluar itu jernih, Inshaa Allah tidak perlu menjalani pembedahan. Jika cecair yang keluar adalah nanah, emmm ... Adik Izz perlu menjalani pembedahan. Pembedahan? Aku takut betul dengan pembedahan. Walaupun prosedur yang dijalankan kurang berisiko, namun aku tetap juga takut. Tambah-tambah bila adik Izz akan diberi bius penuh.


Aku kalau boleh, elakkan lah pembedahan. Tapi siapa aku untuk menidakkan jika itu adalah takdir Ilahi? Tak apalah, mungkin ini jalan terbaik untuk sembuhkan kaki adik Izz. Kalau tak jalani prosedur, kemungkinan ia akan berulang lagi. Tak mustahil, kerana ini kali ketiga adik Izz alami perkara yang sama. Bezanya kali pertama dan kedua, tidak tahu punca.

Semoga dipermudahkanNYA. Inshaa Allah.
June 08, 2017

CVL JE KAN?

Soalan “CVL je kan?" bunyinya biasa-biasa saja. Tapi jika soalan berkenaan salah ditanya ataupun salah orang, ia sangat tajam tau bunyinya. Bila tajam, ia akan jadi sangat pedih. Bila pedih, faham-faham sajalah. Jadi, berhati-hatilah ye!

“CVL je kan?". Untuk pengetahuan, CVL yang ada pada adik Izz sekarang adalah CVL yang ke-14. Maknanya adik Izz sudah jalani 14 kali prosedur CVL insertion.


“CVL je kan?". CVL perlukan salur darah utama untuk salurkan nutrisi daripada TPN. Bukan sembarangan salur darah boleh guna untuk CVL tau. Bila CVL perlu dicabut atau tercabut, salur darah berkenaan akan menjadi semakin sempit. CVL ke 14 adik Izz, hanya cukup-cukup muat dengan salur darah kerana salur darah yang ada sudah “shrinked 50%".

“CVL je kan?". Bagi seorang TPN dependent macam adik Izz, CVL itu sangat-sangat penting. Kalau tiada salur darah untuk insert CVL, bagaimana hendak salurkan TPN? Jika tiada TPN, bagaimana adik Izz hendak dapatkan zat nutrisi yang mencukupi untuk membesar?

“CVL ke kan?". Kami ni risaukan adik Izz bertempat. Ramai yang risaukan adik Izz. Sebab itu bila masing-masing tahu adik Izz ada masalah berkaitan CVL, masing-masing risau. Doktor, jururawat, family, rakan-rakan di wad, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan alam maya, semuanya risau.


“CVL je kan?". Tahu tak apa akan jadi jika adik Izz tiada salur darah untuk CVL untuk TPN? Tanyalah nanti dengan doktor dan jururawat yang merawat adik Izz. Bukan jauh pun, kita ni se wad saja. Sorry, sedikit emo, mungkin kerana salah masa bila diajukan soalan “CVL je kan?" itu.

Semoga dipermudahkanNYA. Aamiin.
June 08, 2017

SAKIT KAKI KIRI

Kali terakhir adik Izz alami gejala sakit pada kaki kirinya ialah pada Nov-Dis 2016. Kali kedua seumpamanya terjadi. Waktu itu adik Izz ditempatkan di Wad Ortopedik (KK7) Institut Pediatrik HKL setelah mendapatkan rawatan awal di Hospital Putrajaya.


Waktu itu, pelbagai siri ujian telah dijalankan namun tidak menemui sebabnya. Xray kaki, xray spinal dan ultrasound tetap tak jumpa kenapa. Secara mata kasarnya, tiada tanda-tanda pun pada kaki adik Izz. Bengkak tiada, kemerahan tiada, lebam pun tiada.

Yang pasti, adik Izz akan mengadu sakit dan apabila didirikan, adik Izz akan membengkokkan kaki kirinya. Sudahnya, ia sembuh dengan sendiri. Itupun selepas adik Izz habis antibiotik kerana MRSA.

Sakit kaki kiri terjadi lagi. Masih kaki kirinya. Bezanya kali ini, kaki adik Izz bengkak pada bahagian lutut. Memang ketara nampak bengkaknya. Adik Izz hanya berbaring dengan sesekali duduk dan mengaduh kesakitan. “sakit, sakit, sakit". Macam biasa, doktor akan refer kepada ortopedik.


Harapnya, kali ini dapatlah kesan puncanya. Mungkinkah kerana jangkitan kuman? Mungkinkah kerana ada cecair dibahagian berkenaan? Atau mungkin cuma tersalah urat? Wallahualam. Nanti ortopedik akan lakukan beberapa siri ujian untuk mengenalpastinya. Semoga ada jalannya. Inshaa Allah.
June 07, 2017

KENAPA KUMAN DATANG BALIK?

Seminggu selepas adik Izz discaj, adik Izz dimasukkan ke wad semula. Kali ini di Wad KK4 Institut Pediatrik HKL pula. His “home sweet home" yang sebenar. Admit kali ini adalah kerana jangkitan kuman pada CVL (Central Venous Line). Biasalah tu, patients yang ada CVL memang kerap dijangkiti kuman. Baik di rumah mahupun di hospital.

Dijadualkan adik Izz akan jalani pembedahan untuk “New CVL insertion", tapi terpaksa ditunda kerana keadaan adik Izz yang tidak mengizinkan. Demam yang tinggi, batuk-batuk dan muntah yang agak kerap.


Ada satu perkara lagi yang sebabkan pembedahan dibatalkan, iaitu jangkitan kuman pada paru-parunya. Itu pun dikenalpasti selepas adik Izz menjalani ujian xray. Aduhai.

Dua hari di wad ni, adik Izz hanya berbaring, dengan sesekali mengadu kesakitan. Alahai, kasihannya. Hilang segala keaktifannya yang biasa. Risau melihatnya. Seksa melihatnya.

Harap, ada lah jalan kesembuhan buat adik Izz. Harap, keadaannya akan beransur baik. Harap, kuman pergilah jauh-jauh dan jangan kembali. Harap, adik Izz kuat menghadapinya. Doakan adik Izz.
June 05, 2017

BERSEDIA SETIAP MASA

Miliki seorang anak syurga memerlukan kami bersedia setiap masa. Apapun boleh terjadi. Tak putus-putus doa buatnya agar sentiasa dibawah lindungan Ilahi. Tapi iyalah .. apa yang kita sangkakan baik, belum tentu baik padaNYA. Apa yang kita sangkakan buruk, belum tentu buruk padaNYA. DIA penentu segalanya.

Adik Izz merupakan seorang pengidap “rare disease" Short Bowel Syndrome (SBS). Hidupnya buat masa sekarang bergantung kepada Total Parenteral Nutrition (TPN)/ Nutrisi Parenteral. Bekalan nutrisi yang diberi `bypass' pemakanan secara normal.


Untuk menerima TPN, adik Izz perlu ada tiub CVL (Central Venous Line). Haaa...bab inilah yang pada aku paling sukar sekali untuk dijaga. Clean Technique, Aseptic Technique, Sterility lah apa bagai. Silap sedikit, line infection. Leka sedikit, dislodged. Aduhai!

Sebab itu aku kata, Kami perlu bersedia setiap masa. Apapun boleh terjadi. Biasanya apabila terjadi sesuatu, aku akan tanya doctor or pharmacist dahulu, sama ada perlu bawa ke wad ataupun perlu ke hospital berhampiran?
Itulah pentingnya disimpan nombor telefon wad, nombor telefon pharmacist, dan mungkin nombor telefon jururawat. Mereka lebih arif, jadinya PERLU untuk maklumkan mereka dahulu jika berlaku apa-apa. Contohnya, seperti apa yang terjadi semasa proses “Connect TPN and Dressing CVL" petang tadi.


Belum boleh cerita lebih lanjut, sebabnya aku perlukan pengesahan doktor dahulu. Yang pasti, esok adik Izz perlu ke wad KK4 Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Allah, semoga dipermudahkanlah olehMU segala urusan adik Izz. Baru sahaja discharged, aku harap adik Izz tak perlu admit ward. Mudah-mudahan.
June 04, 2017

NASI KERABU MAMA

Pagi-pagi lagi aku sudah disuruh mama Izz untuk belikan dia pewarna biru. Pelik pula aku. Tak pernah beli lagi, biasanya aku akan disuruh belikan pewarna merah, pewarna hijau dan pewarna kuning. Dan aku tahu apa yang mama Izz nak masak dengan pewarna-pewarna itu. Pewarna biru? Nak masak apa?


Setahu aku lah kan...masakan yang berwarna biru adalah nasi kerabu. Sepanjang aku kenal mama Izz, dia tak pernah lagi masak nasi kerabu walaupun dia tahu aku memang makan nasi kerabu. In fact, along Izz pun makan juga. Cuma, dia hanya makan nasi sahaja dengan ayam bakar. Kalau tiada ayam bakar, along Izz tak mahu. Bila nak makan nasi kerabu, aku akan beli di Pasar Malam Putrajaya, “Nasi Kerabu Wan Atiq" tu.

Betullah, mama Izz memang nak cuba masak nasi kerabu. Aku nampak dia google resepi. Hahaha. Jadi atau tidak cubaan pertama mama Izz masak nasi kerabu? Alhamdulillah, jadi.


Mungkin tak sama dengan yang original Nasi Kerabu Kelantan tu, tapi masih bolehlah dikatakan nasi kerabu. Angah Izz je yang tak makan, katanya nasi biru tu tak sedap. Hihihi.

Apa yang ada dalam nasi kerabu mama Izz? Lihat gambar sajalah ye. Nak komplen lebih-lebih, ini first try mama Izz.










Inshaa Allah boleh tambah baik lagi selepas ini. Boleh tambah daging bakar barangkali? Solok lada barangkali? Sambal barangkali? Ikan goreng tepung barangkali? Apapun, untuk yang pertama kali masak nasi kerabu, ianya sedap. Hehehe...bodek!
June 03, 2017

TAK TAHU NAK UPDATE APA

Kali terakhir aku update pasal adik Izz di facebook ialah pada tanggal 30 May 2017. Kali terakhir aku update pasal adik Izz di page facebook pula ialah pada tanggal 29 May 2017. Alaaa...baru beberapa hari je kan? Setakat hari ini, baru 4 hari.

Saja je .. Aku sengaja kurangkan update berkenaan adik Izz di media sosial, biar orang tertanya-tanya. Haha! Dan memang ada yang bertanya. PM di personal fb aku mahupun PM di page fb aku. “Macamana adik Izz", “Lama tak dengar kabar adik Izz", “Adik Izz sihat ke?", “Kenapa tak update pasal adik Izz?". Ramai yang ambil berat keadaan adik Izz rupanya, TERIMA KASIH.


Bukan apa. Kadang-kadang, sampai aku tak tahu nak cerita apa pasal adik Izz ni. Rutinnya sama setiap hari. Hari ini connect TPN, dressing CVL, disconnect TPN. Esoknya pula connect TPN, dressing CVL, disconnect TPN. Bukan aku bosan, tapi aku khuatir orang yang bosan nanti. Balik-balik cerita yang sama saja. Hehe!

Tapi aku tahu, orang tak bosan pun. In fact, mereka nak sangat tahu perkembangan adik Izz. Dah lama, kan? Sejak tahun 2013 lagi orang follow kisah adik Izz ni dan bertambah tahun ke tahun. Aku tahu, semua doakan untuk lihat adik Izz sembuh. Semua nak adik Izz free TPN dan jalani life seperti kanak-kanak normal yang lain.


Inshaa Allah, jika ada apa-apa aku akan beritahu semua. Buat masa sekarang, Alhamdulillah adik Izz baik-baik saja. Semua dah banyak tolong kami. Adik Izz dan keluarga takkan lupakan budi baik semua. Update tetap ada, cuma mungkin selang beberapa hari.

Tak apa, kan?
June 01, 2017

HIDUNG BERDARAH

Aku tiada ditempat kejadian. Mana taknya, jam 2:00 pagi kot. Mama Izz pun tak kejutkan aku dari tidur. Aku sedar pun bila pagi tu, aku dan mama Izz nak disconnect TPN. Aku nampak hidung adik Izz ada kesan darah yang sudah kering.


Aku tanya “kenapa hidung adik tu?". “Berdarah awal pagi tadi", kata mama Izz. Dah kenapa pula hidung adik Izz berdarah? Nak kata demam panas, tidak. Kalau masih demam, masakan doktor benarkan adik Izz discaj? Kan?

Panas dalam badan, mungkin juga. Atau disebabkan selsema? Memang adik Izz masih selsema, dah seminggu pun. Beri ubat, masih tak baik-baik lagi. Ke sebab hidung adik luka? Mustahil, adik Izz tidur pakai glove.


Mujur ianya jadi sekali tu saja, tidak berulang. Aku syak sebab suhu dalam badan tinggi tu. Lepas opah Izz jaram dengan air rendaman asam jawa & beras goreng, Alhamdulillah nampak adik Izz sedikit lega. Dapatlah adik Izz tidur lena sampai ke siangnya.

Hidung berdarah tak berkait dengan usus pendek, kan? Emmm, tak! Takda kaitan. Jangan berulang lagi ye, risau tau... #prayforizz