KUMAN DALAM DARAH, BAHAYAKAH?

Adik Izz admitted wad. Ikutkan, semalam lagi adik Izz kena admitted. Aku dapat panggilan telefon daripada mama Izz dalam tengahari, katanya wad telefon beritahu yang result sampel darah adik Izz sudah keluar, ADA KUMAN.

Memandangkan semalam banyak benar urusan yang perlu diselesaikan, mama Izz minta untuk admitted hari ini. Mujurlah doktor beri izin untuk lewat sehari masuk wad. Terima kasih. Adik Izz ditempatkan di Wad KK7 Institut Pediatrik HKL. Rasanya kali ketiga adik di wad ini. Tak apalah, mana-mana pun sama.


Bahayakah jangkitan kuman dalam darah?

Biasanya, sampel darah adik Izz diambil melalui CVL (Central Venous Line). Dan selalunya, jika keputusan ujian darah adik Izz ada kuman, adik Izz pasti akan admitted wad. Maknanya bahaya lah tu. Biasanya, adik Izz akan on antibiotik selama beberapa hari bergantung kepada jenis kuman dalam darah.

Aku harap, kuman dalam darah adik Izz tak jejaskan CVL nya. Biarlah CVL kali ini boleh digunakan lama. Dah tak lalu rasanya untuk reinsert new CVL. Hope so! Semoga dipermudahkanNYA, lekas sembuh dan lekas pulanglah adik Izz hendakNYA.

Inshaa Allah. #prayforizz

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my