KOMPROMI DENGAN FARMASI TPN HKL

Bukan “priviledge" tapi “kompromi". Secara umumnya, aku perlu ke HKL 3 kali seminggu (Isnin, Rabu dan Jumaat) untuk ambil bekalan nutrisi anak samada ambil bekalan TPN di Unit Porter Institut Pediatrik ataupun ambil bekalan TPN di Wad KK4 Institut Pediatrik, bergantung kepada keadaan.

Ada beberapa keadaan yang akan sedikit merencatkan jadual aku ambil bekalan TPN. Contohnya apabila hari Isnin, Rabu dan Jumaat itu jatuh pada cuti umum, cuti perayaan, cuti kecemasan, aku MC, anak checkup dan sebagainya.

Bila hari-hari berkenaan jatuh pada hari cuti, biasanya aku akan ambil lebih awal daripada waktu kebiasaan. Bila ambil awal, aku tidak boleh ambil di Unit Porter Pediatrik ataupun Wad KK4 Pediatrik, aku perlu ambil “direct" di Farmasi TPN HKL.

Biasanya, dalam tengahari aku dah boleh ambil bekalan TPN berkenaan. Dengan syarat, aku perlu beritahu `pharmacist' dahulu, dan pharmacist akan tetapkan waktu bila boleh ambil.

Sebab apa kena beritahu dahulu?

Farmasi TPN HKL sediakan banyak bekalan TPN untuk semua pesakit yang memerlukannya. Bila aku beritahu, mereka akan sediakan TPN anak aku dahulu. Dari situ, mereka bolehlah set time paling awal aku boleh ambil bekalan TPN.


Bestnya bila ambil bekalan TPN di Farmasi TPN HKL ni, aku boleh lihat mereka sediakan nutrisi melalui dinding kaca di makmal berkenaan. Dari situ, aku pasang hasrat teringin untuk sediakan sendiri nutrisi anak aku. But, hasrat itu aku masih simpan, tak berani nak suarakan. Mungkin akan datang?


Apapun, aku amat berterima kasih dengan semua di Farmasi TPN HKL. Mereka sudi melayan kerenah kami ni. Kadang-kadang Whatsapp tanya macam-macam, minta macam-macam, but mereka tetap layan kami dengan baik.

Terima kasih Farmasi TPN HKL. Tanpa kalian, tak cukup zat lah adik Izz ini. (Gambar-gambar di atas aku ambil dari google).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my