KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA LEMBAB ?

Baru-baru ini, aku ada mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9. Ini berikutan dengan masalah telinga kanan aku yang rasa seakan masuk air, tapi bukan. Berdengung rasa, dengan sekejap dengar dan sekejap tidak. Seksa wo! Dah seminggu pula tu.

Jika dikiralah, dah beberapa kali juga aku mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9 ni, adik Izz pun pernah. Aku tiada masalah pun untuk menunggu bagi mendapatkan rawatan percuma ini. Jadi aku cuba buat catatan peribadi, berapa lama masa yang diambil? (Untuk kes aku).


Dari mula aku ambil nombor giliran, daftar di kaunter pendaftaran, saringan di kaunter triage, jumpa doktor di bilik 7 dan ambil ubat di kaunter farmasi... Agak-agaknya berapa lama masa diambil?


SATU JAM. Iya, satu jam! Air tin Nescafe yang aku beli pun belum habis, surat kabar Harian Metro yang aku baca ruangan sukan dahulu pun tak sempat habis. Pada aku, SATU JAM ITU CEPAT. Terima kasih staff KK Putrajaya. Ada yang lagi cepat daripada aku? (Bukan privatelah).

Ada orang, 2 jam dikatanya cepat. Ada orang 30 minit dirasanya sangat lama. Ada orang tak kisah pun berapa lama. Kan?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my