KEPERLUAN HOME PARENTERAL NUTRITION (HPN)

Selain daripada menyediakan bilik khas untuk Home Parenteral Nutrition (HPN), barang-barang keperluan untuk patient HPN juga perlu disediakan. Barang-barang keperluan ini penting terutamanya dalam hal penyediaan TPN (Total Parenteral Nutrition) dan penjagaan CVL (Central Venous Line).


Barang-barang keperluan ini biasanya lebih kepada “pakai buang", rasanya untuk menjaga steriliti dan mengurangkan risiko jangkiItan kuman. Barang keperluan ini ada yang perlu dibeli sebulan sekali, ada yang dua bulan sekali dan ada yang dibeli tiga bulan sekali, bergantung kepada jumlah yang ada.

Sebagai contoh, Water for infection dan yellow instopper. Ia datang dalam 100pcs per box. Bolehlah bertahan selama 3 bulan 10 hari, sebabnya adik Izz cuma guna 1pcs sehari.


Jika Normal Saline dan Heparin Saline pula, ianya cuma 20pcs per box. Boleh digunakan selama 10 hari. Jadi, aku perlu beli 3 kotak sebulan. Jika aku bernasib baik, setiap 2 minggu sekali adik Izz checkup, dapatlah aku ambil di farmasi. Itupun tidak boleh banyak dan perlukan preskripsi doktor. Jika bernasib baik.


Disini, aku listkan apa barang keperluan Home Parenteral Nutrition (HPN) adik Izz. Mungkin patient lain yang jalani HPN berbeza sedikit dengan adik Izz, tapi rasanya ada beberapa barang ada persamaan. Antaranya: Disposable Dressing Sets, Normal Saline 10ml, Heparine Saline 5ml, Syringe 5ml, Syringe 3ml, Gauze Swab 5x5, Surgical Glove 7.0, Yellow Instopper, Facemasks, Handrub, Hypafix, Water for Injection, Povidone Iodine, Cotton Balls dan Tisu.


Nak taknak, barang-barang diatas perlu ada. Tak boleh tidak, perlu ada. Mungkin akan datang doktor boleh kurangkan items tu? Mahal barang keperluan Home Parenteral Nutrition (HPN) ini. Secara kasarnya, harga untuk *sebulan ialah RM1200.00-RM1400.00. Bertuahlah aku...ada keluarga dan kawan-kawan sudi membantu. Tak banyak, sikit tapi sangat-sangat membantu.

Apapun, aku tetap akan berusaha untuk memenuhi keperluan HPN adik Izz. Semoga dipermudahkan segala urusan ini hendakNYA, Inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my