HARI POTENSI TABIKA KEMAS PARLIMEN PUTRAJAYA

Angah Izz antara yang terpilih untuk mewakili Tabika Kemas Zon 3 ke Hari Potensi Tabika Kemas Parlimen Putrajaya 2017, yang telah diadakan di padang Taman Pancarona Presint 18. Hari Potensi Tabika Kemas ini menggabungkan semua 5 zon di Parlimen Putrajaya.


Angah Izz dan rakan-rakan Tabika Kemas Zon 3 telah menjalani latihan sejak seminggu yang lalu lagi. Tiba masa dan hari untuk mereka bertanding. Angah Izz sertai 1 acara dari 4 acara yang dipertandingkan, iaitu “Sprint Hundle".

Acara dimulakan mengikut zon dan diwakili 8 peserta (4 lelaki dan 4 perempuan). Pemenang ditentukan mengikut masa terpantas. Dalam acara “Sprint Hundle", anak-anak akan berlari melepasi 5 halangan (melompat) sambil membawa “ring"/gegelang dan disudahi dengan “sprint". Peserta terakhir, akan meletakkan “gegelang" pada tiang yang disediakan.


Tahniah!!! Tabika Kemas zon 3 telah menjuarai acara “Sprint Hundle" ini menewaskan saingan daripada Tabika Kemas zon 1, zon 2, zon 4 dan zon 5. Walaupun angah Izz satu-satunya peserta zon 3 yang terjatuh pada halangan ke-4, pasukannya masih mampu menjuarai acara ini. Alhamdulillah.


Acara lain yang dipertandingkan pada Hari Potensi Tabika Kemas Parlimen Putrajaya ini adalah formula 1, futsal dan bola jaring. Dengarnya, ada beberapa peserta akan terpilih untuk mewakili Putrajaya pada Hari Sukan Wilayah akan datang. Harapnya, adalah nama angah Izz dalam yang terpilih tu nanti. Inshaa Allah.

Apapun, tahniah buat angah Izz dan rakan-rakan walaupun tidak menjuarai acara-acara yang lain. Tahun terakhir buat anak-anak 6 tahun di Tabika Kemas. Tahun 2018, masing-masing sertai acara sukan sekolah pula ye.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my