ADIK IZZ DI SOGO KL

Isnin, Rabu dan Jumaat. Ini memang hari yang telah ditetapkan pharmacist untuk aku ambil stok Total Parenteral Nutrition (TPN) untuk Home Parenteral Nutrition (HPN) adik Izz. Walaupun hari berkenaan jatuh pada cuti umum, cuti apapun, tetap aku perlu datang untuk ambil stok TPN adik Izz.

Semalam kan Isnin, dan hari berkenaan jatuh pada cuti Hari Pertabalan YDP Agong. Yet, aku perlu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk ambil stok TPN. Alang-alang cuti, aku angkutlah semua anak-beranak.

Sudah berjanji yang aku akan ambil TPN di Farmasi TPN lebih kurang jam 1:00pm. Mungkin ada sedikit kesulitan, pharmacist minta aku ambil stok TPN selepas jam 2.00pm. Aku dah ada di HKL jam 12:30pm ni, mana nak lepak sementara tunggu jam 2:00pm?

Tanyalah anak-anak, kita nak kemana ni? Nak makan dulu tak? Anak-anak (along dan angah) terus kata “kita pergi SOGO". Aku tanya mama Izz, dia ikut saja. Jadinya, aku pun pergilah ke SOGO. Tak shoping pun, terus ke food court tingkat 6 saja.


Yang seronok ke SOGO tentunya adik Izz. Ini pengalaman baru buatnya. Kalau Alamanda tu, adik Izz sudah biasa. Tak duduk diam dibuatnya. Habis di ronda-rantau tingkat 6. Selesai makan, bawalah sekejap ke tingkat 4, bahagian pakaian kanak-kanak. Memandangkan belum gaji, tengok sajalah ye.


Itu saja. Hahaha...

1 comment:

  1. You have such adorable children. May Allah bless you and the family.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my