KAKI JADI KASAR, MEREKAH DAN MENGGELUPAS

Sesekali nampak adik Izz “kopek" kepingan pada kakinya. Beberapa kali nampak adik Izz geselkan kedua kakinya. Kakinya rasa agak kasar, nampak kering, merekah dan menggelupas. Ianya ketara selepas beberapa hari adik Izz discaj wad.

Masa di wad, sudah rasa kakinya agak kasar tapi belum merekah dan menggelupas. Takkan lah ini effect daripada antibiotik 14 hari sebelum ni? Tak, rasanya! Kurang air? Bukan juga, rasanya! Sebabnya hanya pada kaki sahaja, itupun major pada tapak kaki. Ke, salin kulit? Boleh jadi...


Beberapa hari ni, aku cuma sapukan losyen pada kaki adik Izz tapi tiada perubahan. Semalam aku post gambar kaki adik Izz di Instagram, mana tahu ada rakan-rakan boleh membantu.


Alhamdulillah, ramai yang respon dan beri cadangan. Ada yang sarankan gel aloe vera atau cari pokok lidah buaya, ada yang suggest sapukan dengan Virgin Coconut Oil (VCO), ada yang cadangkan virgin olive oil, banyaklah cadangan.

Inshaa Allah, aku akan cuba. Tak apa, kita usaha dengan harapan kaki adik Izz sembuh. Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu. Esok Inshaa Allah adik Izz ada routine checkup di Peads, boleh lah tanya doktor sama.

1 comment:

  1. Macam kulit kering / saling kot? risau juga kan bila tengok macamtu. btw, saya singgah blog ni dan follow sekali. jemput melawat blog baru sy :)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my