31 Jan 2017

BUKAN TAK NAK BAWA SEKALI, TAPI.....

Rasa berbelah bagi pun ada. Adik Izz ada dirumah, along Izz dan angah Izz pula ajak keluar. Nak bawa adik Izz keluar sekali, dia baru discaj 4 hari. Nak stay di rumah, kesian pula along Izz dan angah Izz sepanjang cuti sekolah tak kemana-mana pun. Adus!

Mama Izz kata, “tak apalah, bawa saja along dan angah pergi taman. Kesian mereka." Aku terpaksa beritahu adik Izz yang aku, along dan angah hendak ke klinik. Selalu...bila beritahu hendak ke klinik, adik Izz akan ajuk saja apa aku kata “nik..nik", dan dia tak berminat untuk ikut sekali.


Takkan setiap kali aku nak keluar, aku kena beritahu begitu? Rasa bersalah pula menipu anak istimewa ini. Rasa bersalah juga bila dah berjanji dengan along Izz dan angah Izz untuk bawa mereka ke taman, tapi tak tunaikan. Adus lagi!

Jadinya, aku tekad je bawa anak-anak keluar, tinggalkan mama Izz dan adik Izz. Ikutkan, boleh je aku nak bawa adik Izz sekali (gamble!) tapi ..... aku bawa basikal. Jadinya, memang tak muat lah jika mama Izz dan adik Izz follow sama. Ini alasan, sebenarnya aku memang tak mahu bawa. Faham-faham lah keadaan adik Izz yang ada tiub CVL (Central Venous Line) tu. Takut infection.


Tak apalah, nanti bila dah sembuh, bila dah baik, bila dah kuat, bila dah stabil, baru bawa adik izz sekali. Buat masa sekarang, hanya di rumah, dalam kereta dan di hospital sahaja lah `checkpoint' adik Izz. Mudah-mudahan dipermudahkanNYA.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!