TAMAT SUDAH SESI PERSEKOLAHAN 2016, CUTI BERMULA.

Hari ini merupakan hari terakhir sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS) bagi tahun 2016. Makanya ... Along Izz sudah graduate darjah dua. Cepatnya masa berlalu, kan? Tau-tau, dah nak masuk darjah tiga anak sulung aku ini.


Seminggu dua ini, memang ramai anak murid yang sudah tidak menghadirkan diri ke sekolah. Awal mereka bercuti. Iyalah, exam sudah habis, buku teks pun sudah dipulangkan. Masing-masing mungkin ada masalah, siapa tahu. Tak apalah. Along Izz? Alhamdulillah dapat habiskan sesi persekolahan 2016 sehingga ke penghujungnya.


Banyak kelas sudah adakan jamuan akhir tahun. Kelas along Izz, semalam. Dah tak buat tema “pot luck". Sebabnya nanti banyak sangat makanan dan membazir pula bila banyak makanan yang tidak habis. Jadi, cikgu kelas belikan KFC dan air kotak. Along Izz tak makan KFC, jadinya itu rezeki angah Izz.


Di kesempatan ini, aku nak ucap berbanyak-banyak terima kasih kepada guru kelas along Izz, Cikgu Roswati atas tunjuk ajar dan kesabaran yang tinggi dalam mendidik along Izz sepanjang menjadi anak murid cikgu. Aku tahu, along Izz agak nakal dan agak susah dikawal.

Kepada guru-guru subjek, juga jutaan terima kasih buat kalian. Ilmu dan tunjuk ajar cikgu semua sepanjang tahun 2016 ini untuk anak murid, takkan dilupakan. Banyak sebenarnya nak cerita. Tak apalah.

Jumpa lagi pada sesi persekolahan 2017.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my