TABIKA KEMAS FLAT SRI WILAYAH DALAM KENANGAN

Hari terakhir Tabika Kemas Flat Sri Wilayah. Banyak kenangan disini. Aku tak berapa pasti sudah berapa lama tabika kemas ini wujud di Flat Sri Wilayah?


Seingat aku, sejak tahun 2014 aku hantar along Izz bersekolah disini. Kemudian tahun 2016, angah Izz yang sambung legasi disini. Aku fikir, dapatlah angah Izz menghabiskan pengajiannya di Tabika Kemas Flat Sri Wilayah ini, namun tidak.

Hari ini merupakan hari terakhir Tabika Kemas Flat Sri Wilayah beroperasi. Bukanlah disebabkan oleh cuti persekolahan, tetapi `dipaksa' berpindah. Penduduk Flat Sri Wilayah juga akan berpindah. Sebulan dua ini, sibuk dengan orang berpindah-randah termasuklah mak (pengasuh) angah Izz.


Kenapa Tabika Kemas dan warga Flat Sri Wilayah berpindah? Dengarnya ... kawasan ini akan dirobohkan untuk tujuan pembinaan stesen MRT. Ikutkan, lebih awal lagi dah Flat Sri Wilayah ini diambilalih namun diberi tempoh sehingga hujung tahun ini.

Jadi, dimana Tabika Kemas Flat Sri Wilayah ini akan berpindah? Menurut cikgu tabika angah Izz, tabika kemas baru akan beroperasi di Residensi Teratai, Setapak. Entahlah, aku pun belum ushar lagi tempat baru tu.

Plan nak tukarkan angah Izz tabika kemas baru tapi sayang pula rasanya. Mungkinkah angah Izz akan teruskan pembelajaran di Tabika Kemas Resindesi Teratai pula? Wallahualam... Tengoklah, bagaimana.


Tabika Kemas Flat Sri Wilayah dalam kenangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my