`SERONOK'NYA ANAK DAPAT BINTANG

Jika di sekolah, tak kisahlah pra ke, tabika ke, primary ke, pasti ibu bapa akan rasa bangga apabila melihat anak mendapat bintang, kan? Satu bintang, dua bintang, tiga bintang, kalau lima bintang lagilah kembang rasanya. Anak-anak pun happy je!

Berbeza pula dengan aku, mama Izz apatah lagi. Bila anak di wad diberikan bintang, mulalah rasa `down' je. Aku kira, beberapa kali jugalah anak pernah dapat `satu bintang'.


Dan hari ini, anak aku dapat satu `bintang merah'. Bila berada di wad, jika anak dapat bintang, itu tandanya ADA KUMAN. Bila ada kuman, bukan saja bintang yang akan diberi, malahan sekali dengan tray yang ada handrubs, Chlorhexidine, facemask, Alcohol swab, Examination glove pun diberi.

Maknanya disini, bukan semua ibu bapa akan berasa gembira bila anak dapat bintang. Contohnya, aku. Semoga kuman yang ada, cepat-cepatlah “nyah"! Inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my