SELAGI BELUM TUTUP MATA

Cuba nyanyikan rangkap ini, “Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pergi mandi, pakai baju, pergi sekolah, pergi hospital, pergi sekolah, pergi kerja..." Haaa... Itu saja pun rutin harian aku dan anak-anak bila adik Izz di wad ditemani mama Izz. Rutin pagi. Rutin petang lain sikit.

Destinasi pertama aku dari rumah ialah SK Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS), sekolah along Izz. Boleh dikatakan awal jugalah along Izz sampai ke sekolah. Biasanya, aku akan biarkan along Izz tidur dahulu sebelum kejutkannya untuk masuk ke sekolah. Kalau ada bawa bekal, along Izz akan makan dahulu di dalam kereta. Kalau tiada bekal, tiadalah.


Selepas itu, destinasi kedua aku ialah Wad KK4 Institut Pediatrik HKL. Kenapa aku ke sini? Biasanya kerana menghantar bekalan pakaian dan makanan buat mama Izz dan adik Izz. Sambil itu, aku akan ambil pakaian yang sudah dipakai untuk dibawa balik dan dibasuh. Sekejap saja pun, kalau angah Izz aku kejut tidak bangun, aku akan tinggalkannya saja di dalam kereta. Kalau bangun, “moh tengok mama ngan adik!".


Destinasi ketiga? Sudah tentulah hantar angah Izz ke Tabika Kemas Flat Sri Wilayah area Sentul tu. Aku tidak boleh hantar angah Izz selepas menghantar along Izz kerana sesi tabika angah Izz bermula jam 8:00 am, nanti awal pula sampainya.


Then...barulah aku ke destinasi keempat iaitu tempat kerja aku. Dekat saja, di Jalan Raja Laut. Dekat di KL ni, eemmm...faham-fahamlah ye. Makan masa banyak juga. Ceritera rutin pagi aku 5 hari seminggu. Kalau hari cuti, lain sikit. Nantilah aku cerita.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my