Post Top Ad

PELAJAR CEMERLANG TABIKA KEMAS FLAT SRI WILAYAH

Baru-baru ini diadakan Majlis Mini Konvokesyen Tabika Kemas Gabungan Zon 4 Parlimen Batu. Tabika Kemas Flat Sri Wilayah tempat dimana angah Izz bersekolah juga dalam zon berkenaan. Walaupun namanya mini konvokesyen, ia sangat `grand' kerana dibuat di Restoran D'saji Taman Tasik Titiwangsa. Zaman aku dulu, memang tak merasa lah. Itulah untungnya budak-budak zaman sekarang.



Tahun ini merupakan tahun terakhir Tabika Kemas Flat Sri Wilayah kerana Flat Sri Wilayah dikatakan akan berpindah kerana kawasan berkenaan akan dirobohkan bagi projek MRT. Huhuhu, dah tak pasal-pasal nak kena carikan angah Izz tabika yang baru. Oklah, lupakan pasal ni!


Angah Izz dan beberapa rakannya dipilih untuk mewakili Tabika Kemas Flat Sri Wilayah untuk persembahan pembukaan. Aku tahu, setiap hari angah Izz ada sebutkan soal latihan tarian. Aku fikir, tarian biasa-biasa sahaja. Mengejutkan ... bila lihat angah Izz dan rakan-rakan menari “joget+rapper". Amboiii, siap berpasang-pasangan pula tu! Ada aku share kan video berkenaan di laman facebook aku. Tak sangka...


Paling aku tak jangka, angah Izz adalah antara 3 pelajar cemerlang Tabika Kemas Flat Sri Wilayah. Bingkas aku bangun dari tempat duduk untuk ke depan merakam angah Izz naik ke pentas menerima sijil. Sengih je angah Izz di atas pentas. Dalam diam-diam je ye.



Seronok dengan majlis mini konvokesyen ini. Semua pun happy dan semuanya `smooth' je. Selesai majlis mini konvokesyen, kami semua dijamu `buffet' di Restoran Terapung D'saji ini.

Along Izz dulu pun sama juga bersekolah di Tabika Kemas Flat Sri Wilayah ini, cuma masa along Izz konvo, majlisnya diadakan di dewan SMK Batu Muda. Mungkin bajet tahun ni lebih, itu yang diadakan di Restoran D'saji tu. Apapun, Tahniah buat angah Izz, cikgu-cikgu dan semua.

1 comment:

  1. Link video berkenaan... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=929025817231091&id=668158383317837

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!