Post Top Ad

BILA BACA POSTING ORANG LAIN, SENTAP?

Dedolu aku selalu camni - bila baca posting orang lain, sentap! Padahal takde pun tulis nama aku, atau sebut tentang aku. Posting tu general. Dah tu bila sentap mula la ego tu melangit tingginya, rasa nak hentam je posting orang tu, nak bagitau apa dia tulis tu kengkonon tak betul. Hehehe..

Tu semua EGO yang menggunung dalam dada. Dan yang paling teruk, taknak mengaku lak tu.


Teringat my best friend selalu kata, kalau apa yang orang tulis tu, apa yang orang cakap tu kita tak buat, kita takkan terasa. Tapi bila kita terasa, tu maknanya kita memang a part of apa yang orang tulis atau kata tu. As simple as dat huhu.

Memang betul la tu apa yang dia cakap. Tiba² kita nak bersikap defensive kan, walhal orang tak tuju kat kita pun. Biasa posting orang tu secara general. Bukan ada tulis nama pun. Tapi kita lak sentap. Dah kenapa? Sebab memang kita buat la kan kan kan.. 😅😅

Simple je, kita ni bila aura positif tengah banyak, datangla sejuta benda negatif pun, kita tetap akan kekal nampak benda tu positif. Takkan tergugah punya. Silap² kita boleh tukar lak benda tu jadi positif tahap langit kan.

Tapi cuba kita masa tu tengah dalam fasa negatif. Dilonggokkan dengan perkara positif depan mata pun kita akan nampak, pikir dan rasa negatif. Datangla berjuta orang nak bagi aura positif tu, tapi negatif jugak yang kita rasa.

So muhasabah diri. Tuan guru aku selalu pesan, manusia ni, bila dia dah mula rasa diri dia pandai, kat situlah sebenarnya kebodohan dia bermula. Wallahu'alam. (Copy & Paste)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!