Post Top Ad

SETIAP HARI, PASTI BERBEZA.

Hari ini awal habis pemberian nutrisi adik Izz. Semalam lambat habisnya walaupun waktu mula adik Izz connect dengan Nutrisi Parenteral (TPN) sama. Dah lama perkara ini bermain di fikiran.

Menurut label pada TPN, isipadu nutrisi adik Izz adalah sebanyak 14++ ml. Namun, bacaan akhir pada infusion pump adik Izz tidak pernah sama. Kadangkala 15++ ml, 16++ ml, 17++ ml, malah ada yang sehingga 18++ ml. Perbezaan jumlah isipadu ini beri kesan jangkamasa adik Izz terima nutrisi.



Tahu, dan pernah diberitahu oleh pharmacist yang TPN adik Izz biasanya akan dilebihkan. Tapi, takkanlah lebihnya kadang-kadang banyak, kadang-kadang sikit? Aku fikir, mungkin infusion pump adik Izz rosak. But tidak. Staff dari Terumo sudah datang cek mesin, tiada masalah apa-apa. Ada yang kata disebabkan tubing. Tapi, bila tubing yang sama digunakan di wad, ITS OK.

Jadi apa punca? Bukan sebab TPN, bukan sebab mesin, bukan sebab tubing.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!