SARUNG TANGAN KURANGKAN KUASA GENGGAMAN

Hendak jaga CVL adik Izz bukan senang. Senang kalau adik Izz mendengar dan mengikut setiap pesanan dan larangan. Tapi, kanak-kanak berusia 3-4 tahun untuk ikut segala kata? Emmm...

Hendak dimarahi, kasihan. Iyalah, adik Izz kan anak istimewa? Pesakit Short Bowel Syndrome (SBS) yang memerlukan “long term TPN". Ada juga marah-marah, tapi tidaklah macam memarahi along Izz dan angah Izz.



Adik Izz perlukan Nutrisi Parenteral (TPN) untuk jangkamasa panjang. Yang utama, tentulah CVL. Mana mungkin beri nutrisi tanpa CVL. Berasa tidak selesa sering kali jadi sebab adik Izz usik CVL. Lihat pada tangannya itu, walaupun sudah dilekap dengan Hypafix, sekali genggam pastinya akan tercabut. Adui...



Untuk kurangkan kuasa genggamannya, aku pakaikannya dengan sarung tangan. Sarung tangan yang orang pakai ketika musim sejuk tu. Tebal. Aku beli di SOGO. Jadinya, adik Izz susah untuk menggenggam. Nak korek-korek celah Hypafix pun payah. Hahaha.. Jika siang hari, tak dipakaikan pun sebabnya banyak mata yang memerhati. Tapi jika adik Izz tidur, MEMANG perlu dipakaikan takut-takut tidak sedar. Buat masa sekarang, Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my