PUSAT TEMUDUGA SPA JALAN CENDERASARI

Datang lagi aku rupanya ke Pusat Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia di Jalan Cenderasari ini. Ingatkan dah tak datang. Seingat aku, kali terakhir aku ke sini ialah pada tahun 2004. 12 tahun berlalu, aku ke sini semula.



Tapi, bukanlah aku yang akan ditemuduga disini. Aku cuma hantar adik aku saja. Dia ada temuduga bidang kesihatan. Pusat temuduga ni agak terkebelakang. Susah nak jumpa. Pusing punya pusing, alahai ... belakang Klinik Kesihatan Tanglin je? Depan Tanglin tu ada medan selera, kerap juga aku dan rakan-rakan `menyantap' disana.



Aku doakan adik aku berjaya temuduga ini, dan dia dapat kejar cita-citanya. Inshaa Allah. Sesiapa yang perlu hadiri temuduga di Pusat Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Jalan Cenderasari ni, korang carilah Klinik Kesihatan Tanglin je. Ataupun Masjid Negara ataupun Bukit Aman. Dekat-dekat dah tu.

Selamat berjaya!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my