Post Top Ad

PERTAMA KALI KE KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA

Klinik Kesihatan Putrajaya yang terletak di Presint 9 Putrajaya ni, tidak jauh pun dari tempat tinggal aku. Tapi aku tak pernah pun bawa adik Izz ke sini, berbeza dengan along Izz dan angah Izz yang pernah datang ke sini.

Adik Izz special cases sikit. Doktor pun dah pesan jika apa-apa, terus ke Wad KK4, Institut Pediatrik HKL. Tapi, kali ini tidak. Mama Izz telefon Wad KK4 bertanyakan tentang adik Izz yang nampak seperti terkena Chicken Pox.



Tahu apa kata doktor? Bawa adik Izz ke klinik berhampiran untuk checkup. Eh boleh ke? Aku tertanya. Pada aku, itu lebih mudah. Sekurangnya, aku tidak perlu bawa adik Izz untuk ke HKL bagi kes biasa.

Bila dah dapat kebenaran, apa lagi, aku bawalah adik Izz checkup di Klinik Kesihatan Putrajaya. SAH, adik Izz memang kena Chicken Pox. Disebabkan adik Izz perlu on Nutrisi Parenteral (TPN), aku khuatir. Untuk kepastian, aku minta doktor KK Putrajaya untuk telefon Wad KK4 bertanyakan samada adik Izz boleh on TPN atau tidak?



Alhamdulillah, TPN boleh on seperti biasa. Tidak beri kesan kepada Chicken Pox. Nampaknya, kalau ada apa-apa berkaitan kesihatan adik Izz, bolehlah aku bawanya ke Klinik Kesihatan Putrajaya saja. Terima kasih Wad KK4 atas kebenaran yang diberikan. Sangat memudahkan. Dan terima kasih Klinik Kesihatan Putrajaya.

~Maaflah andainya saya ambil daun semambu di kawasan klinik tanpa kebenaran ye! Hehehe...

3 comments:

  1. saya lagi teruk lagi berapa hari je nak spm ni baru 2-3 hari lepas start chicken pox , memang ujian betul :(

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!