Post Top Ad

PENANGAN NASI LEMAK ANAK DARA

Sudah beberapa bulan rasanya Nasi Lemak Anak Dara ni jadi sebutan. Di media sosial, di kaca tv dan terbaru pada Belanjawan 2017. Hebat.



Aku mungkin salah seorang dari ribuan yang ingin mencuba sendiri Nasi Lemak Anak Dara ini. Tapi, belum berkesempatan dek kekangan masa. Ialah, Nasi Lemak Anak Dara ini di Shah Alam dan dengarnya seawal jam 7:30 am sudah sold out. Takkanlah aku nak tercongok depan gerai Nasi Lemak Anak Dara ini pukul 6:30 am? Jam berapa aku nak gerak dari Putrajaya nun?

Dan, akhirnya ... Aku berpeluang untuk cuba Nasi Lemak Anak Dara. Ini pun kerana Best Street Food Festival di Kompleks PKNS, Shah Alam. Tengok di facebook, Nasi Lemak Anak Dara ada di sana. Aku datang Sabtu pagi bersama-sama along Izz dan angah Izz. Mama Izz tiada kerana menjaga adik Izz di wad.



Awal, dalam 10:30 am aku sampai. Tengok-tengok, emmm ... orang dah beratur panjang. Gila lah mereka ini, tidur depan booth gerai Nasi Lemak Anak Dara ke? Aku gagahkan diri jugalah join geng beratur panjang ni. Adalah dalam 40 minit aku berdiri pacak menunggu nak sampai depan gerai Nasi Lemak Anak Dara tu. Oklah kan, masa viral Pau Cendawan Bazaar Ramadhan Putrajaya dulu tu, hampir 3 jam aku beratur.



Anak-anak aku dah bengang beratur lama. Aku cakap “sabarlah, kita kan nak makan Nasi Lemak Anak Dara?". Hahaha. Kejap-kejap aku pujuk dengan berikan mereka duit untuk pergi beli air. Kejap-kejap aku pujuk mereka berikan duit untuk beli ais krim.



Eh, dah panjang sangat entri ni. Oklah, pendekkan cerita. Aku beli Nasi Lemak Anak Dara ayam + telur. RM4.50 satu. 3 bungkus aku beli. Sedap sangat ke Nasi Lemak Anak Dara ni? Bolehlah, tiada yang tidak sedap. Baik sambal, baik nasi lemaknya. Yang istimewa pada aku, ikan bilis kentangnya. Sedap. Nampak macam masak kicap, tapi rasanya bukan masak kicap tu. Entahlah, kena tanya empunya Nasi Lemak Anak Dara ni.



Apa pun, tercapai sudah hajat untuk mencuba Nasi Lemak Anak Dara. Jujurnya, aku pergi sebab nak tengok orangnya saja. Cantik. Hahaha. Lelaki-lelaki lain pun sama, kan? Toksah lah bohong. Ok. Bye-bye.

4 comments:

  1. aku lelaki, tak hinggin nak beratur bengong, lenguh kaki adalah, baik aku beli Nasi lemak bini orang kat selayang ni, murah pun murah, dekat pun dekat, tak payah beratur panjang, dia bungkus 4 ambik masa kurang dari 2 minit, sebungkus cuma RM1.50, ada telur RM 2.00, berapa banyak punya jimat dari nasi lemak ada dara tu.
    Lagipun bukannya dapat apa pun beli kat anak dara, jangan perasaan la. Aku suggest baik beli nasi Lemak bini orang ni di Selayang.

    ReplyDelete
  2. Kahkahkah. Anak dara ni dah jadi artis tau. Itu yang sanggup beratur dengan anak-anak 40 minit. Lagipun, iyalah...sesekali. Sedangkan Pau Viral pun orang sanggup beratur 3 jam, inikan pula demi anak dara. Kahkahkah...

    Selayang dimana, bro? Boleh saya cuba...

    ReplyDelete
  3. apa salahnya rasa nasi lemak anak dara viral..meletop kebabom ni andai ada kesanggupan untuk beratur kan..memang cun melecun sebab tu viral tak sudah2..
    saya, masak nasi lemak sendiri ajelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn...sesekali viral, cubalah. Kalau hari2 nak beratur tu, tidaklah sanggup kecuali ada hati nak adjust anak dara tu. wakaka.

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!