MARAH-MARAH SAYANG JE, JANGANLAH MERAJUK.

Bila anak merajuk, buat muka pula tu, mulalah hati rasa kasihan. Tambahan pula jika babitkan adik Izz. Bukan selalu aku marahi dia. Boleh kira dengan jari lah. Dia kan istimewa...

Cuma semalam je yang aku marah. Begini, setiap petang lebih kurang jam 6.30pm adik Izz perlu “dressing" CVL dan TPN. Perkara ni, hari-hari dilakukan. Jadinya, sudah biasa. Sepatutnya lah kan.



Tapi semalam, adik Izz mengada-ngada pula nak tergaru-garu lah berhampiran CVL nya. Gatal lah, hapa lah. Sebelum nak buat “dressing" ok je. Mama Izz memang dah tak boleh tolong sebabnya tengah `prep' bagai. Aku lah yang kena tepis-tepis tangan adik Izz.

Kita tepis, dia buat. Dia buat, kita tepis. Lastnya, pangggg!!! Sedas aku tampar tangannya. Haa, tahu pun sakit. Barulah adik Izz letak tangannya ke belakang. Tak habis lagi. Aku berilah ceramah sekali. Terkebil-kebil adik Izz, pandang aku pun dah tak mahu.

Petang ini, jangan buat lagi ye. Papa kasihan ke kamu, adik. Apa-apa jadi pada CVL, kamu yang akan tanggung kesakitan nanti. Tabah ye. Inshaa Allah sembuh nanti, tak payah dah pakai tiub. Mudah-mudahan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my