DISCAJ, ALHAMDULILLAH.

Memang sudah tahu adik Izz akan discaj hari ini. Persiapan dan mengemas bilik khas adik Izz pun sudah aku siapkan. Tinggal adik Izz balik je lagi. Kalau ikutkan, habis Nutrisi Parenteral (TPN) nak je aku terus ambil adik Izz. Tapi, aku pilih petang sebabnya aku perlu ambil stok TPN adik Izz sama.

Tak lama adik Izz di wad kali ini, dalam 10 jugalah. Biasanya beginilah jika cuma libatkan Central Venous Line (CVL). Tidak lama kecuali infection ataupun doktor ada plan berkaitan usus. Buat masa sekarang, hanya Home Parenteral Nutrition (Home TPN) sajalah buat adik Izz.



CVL baru adik Izz kali ini disebelah kanan dadanya. Sedikit sukar buat kami untuk dressing. Selalu ... adik Izz akan mengadap TV, kali ini terpaksa membelakangkan TV pula. Ini pun masih juga sukar since mama Izz right-handed. Kena tukar sikit-sikit lah tangan mana pegang, dan tangan mana buat kerja. Adusss!

Mujur hari ini cuma dressing TPN. Dressing CVL dan `wound' bekas CVL lama tu, staff nurse sudah lakukan. Nampaknya esok aku kena fikir cara “Bagaimana Dressing CVL & Connect TPN untuk Right-Handed Person". Mungkin aku perlu adjust baby-cot adik Izz? Nanti aku cerita. Apapun, Alhamdulillah dengan kepulangan adik Izz ke rumah.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan adik Izz. Juga terima kasih kepada warga Wad KK4. Semoga adik Izz terus sembuh hendakNYA. Inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my