SESEKALI KELUAR RUMAH

Sesekali perlu juga keluar ambil angin. Iya, kan? Memerap saja dirumah, bosan juga. Aku takpa lah, aku lebih suka duduk di rumah. Berehat, main dengan anak-anak.

Tapi, anak-anak pula lebih suka untuk keluar. Tak payah jalan jauh-jauh, asalkan bukan duduk dirumah. Camna tu? Aku bukan apa, takda masalah pun nak bawa anak-anak keluar, tapi aku perlu fikirkan keadaan anak ke-3 aku tu, adik Izz.



Maklumlah, adik Izz “special needs" yang perlukan “extra care". Kalau boleh, nak dia sihat sentiasa, tak payah warded dah. Tapi, adik Izz sudah 3 tahun. Dia pun dah pandai rasa bosan dan sesekali tunjuk pintu rumah tanda hendak keluar. Alahai...



Jadi .. aku bawa saja mereka ke taman permainan di kawasan perumahan aku ni. Tak jauh pun, jalan kaki saja dah sampai. Peluh pun `tak dan' keluar. Bila adik Izz dapat keluar, emmm ... punyalah dia happy. Takpalah, sekejap saja ye. 10 minit max! Enjoy k!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my