MAKANAN PELIK-PELIK

Aku salute siapa yang boleh makan semua, tinggal tolak batu, kayu dan besi je. Paling hampir, tentunya isteri aku, mama Izz. Jaranglah aku dengar “sayang tak makan ni", “sayang tak makan tu". Semua dia boleh `sebat'.

Semalam ... dia makan jeruk maman. Aku ingat lagi, dulu aku ada belikannya jeruk maman di Pasar Malam Putrajaya, tetapi perlu diperam 2-3 hari baru boleh makan. Malam tu juga dia makan. Huh!

Jeruk maman yang mama Izz makan semalam sedikit berbeza dengan jeruk maman yang aku pernah belikan. Jeruk maman semalam, siap ada nasi. Nasi? Yup, nasi guys. Jeruk maman ni import punya. Import dari Bota. Peh!!!



Lain macam seleranya, aku lihat. Terkebil-kebil aku lihatnya makan. Hehehe. Aku ok je, apa yang mama Izz nak makan, boleh je belikan dan dihidangkan walaupun aku tak makan.

Ada satu lagi ... aku nampak ada sayuran seakan keladi. Keladi masak lemak kuning? Kering pula tu tidak berkuah. Siap ada kerang lagi. Aku tanya, “apa ni? Keladi masak lemak?". Jawabnya, “ini bukan keladi. Orang Perak panggil `Lambok'. Nampak seakan keladi, tetapi Lambok takda ubi. Abang cubalah". Eh, taknak aku!

Nantilah aku cerita lagi...

3 comments:

  1. Mmg ada nasi kot untuk buat jeruk makan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli yang di pasar malam, tiada nasi. hehehe...

      Delete
  2. Terima kasih atas infonya, salam...

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my