JOM BERAYA DI KELAS 2 JAYA

“Assalamualaikum .. Kami datang nak beraya". Tak putus-putus kanak-kanak datang beraya. Bukan siapa pun, rakan sekolah juga. Menarik konsep raya di Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS) ini. Bukan digabungkan macam buat di dewan tu, tetapi dibuat di kelas masing-masing.





Ala ... Umpama hidup berjiran. Masing-masing ada `rumah'. Cikgu kelas jadi mak/ ayah (tuan rumah). Anak murid pula anak-anak tuan rumah. Nak beraya, silalah ke `rumah' sebelah. Sebab itulah tak putus-putus, “Assalamualaikum ... Kami datang nak beraya". Banyak `rumah' boleh pergi beraya ni.





Ibu-bapa pun dijemput sama untuk hadir memeriahkan Raya di SKSHAS.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my