ANAK TAK MAHU TIDUR

Pada usia 3 tahun 4 bulan, dah besar anak ini. Sudah tidak mahu tidur pada siang hari. Asyik hendak bermain saja! Biarlah. He's exploring. Asalkan dia sihat, itu sudah cukup.

Hari ini, tak macam kebiasaannya. Biasanya .. bila dapat TPN, dia akan cergas dan aktif. Hari ini .. tengah dressing CVL, belum pun on TPN lagi, dia sudah lelapkan mata. Penat sangat lah tu! Aku pun terkejut. Ingatkan tidak sihat. Mama Izz kata, dia tidak tidur seharian ni.



Alhamdulillah, exit site CVL dalam keadaan baik. Sejak nurses ajar cara untuk tanggalkan gauze yang melekat pada exit site CVL dengan Normal Saline, mudah untuk tanggalkan gauze.

Terima kasih, nurse.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my