RAHSIA DISEBALIK NOMBOR

166 - 4 - 15 - 32 - 8 - 232 - 4 - 2 - 6 - 7 - 9 - 181 - 78 ... 
Nombor ini merujuk kepada jumlah hari adik Izz berada di wad (13 kali admitted dan masih di wad). Jumlah yang banyak biasanya melibatkan major surgery, yang memerlukan masa untuknya sedikit sembuh dan stabil. Jumlah yang sedikit pula biasanya hanya melibatkan minor surgery.

1 - 3 - 8 - 8 - 15 - 2 - 29 - 9 - 3 - 85 - 13 - 15 ... 
Ini pula ialah nombor yang mewakili jumlah hari adik Izz 'Home TPN' (12 kali discharged). Nombor tertinggi yang tercatat ialah 85 hari. Waktu ini adik Izz berada di rumah sepanjang Bulan Ramadan 2015, sepanjang Bulan Syawal 2015 dan seterusnya. Alhamdulillah.

Dunia adik Izz di Wad KK4, IPHKL.
Ada disediakan bilik permainan. Bila free TPN, dia akan minta kunci bilik berkenaan daripada jururawat.

08-11-2013 hingga 21-06-2016 ... 
Jumlah hari adik Izz warded ialah 744 hari. Manakala jumlah hari adik Izz Home TPN pula ialah 191 hari. As an "Acquired" Short Bowel Syndrome survivor (935 hari), sudah banyak yang adik Izz lalui. 23 kali menjalani pembedahan, 27 kali prosedur di dewan bedah, 3 kali ditempatkan di ICU dan ..... 

Jika TPN for life, maka CVL juga for life?
Acquired SBS Survivor

Arghhh, banyak yang sudah aku lupa! Kena refer mama Izz. Oklah, aku pening dengan nombor banyak-banyak ni. To be continue...

~ Rekod nombor di atas adalah setakat entri ini dikarang (21-06-2016).


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my