PAU CENDAWAN BAZAAR RAMADAN PUTRAJAYA


Viral Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya

Viral Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya. Dengarnya, rata-rata pengunjung perlu beratur panjang? Bukan beratur panjang biasa, tetapi panjang luar biasa. Betul ke? Sedap sangat ke Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya ni? 

Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya
Inilah booth Pau Cendawan di Bazaar Ramadan Putrajaya.

Sebenarnya ... aku juga tidak terkecuali. Hahah! Aku pun turut sama merasai pengalaman 'sukar' demi Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya ini. Tahu berapa kali aku cuba? Dua kali saja. 

Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya
Cubaan pertama aku. GAGAL!

Pada cubaan pertama, aku datang agak lewat. Beratur panjang dalam 1 jam, tiba-tiba diberitahu yang Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya, habis! Jika sanggup, boleh terus beratur kerana tokeh pergi ambil stok Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya di Puchong. Emmm, memang tak lah jawabnya. Pulanglah kehampaan.

Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya
Cubaan kedua. Aku sampai 3.00 pm, dah beratur panjang?

Dan semalam, cubaan kedua aku untuk mendapatkan Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya ni. Awal aku datang kali ini, dalam jam 3.00 pm. Sampai je di Bazaar Ramadan Putrajaya, emmm... orang sudah beratutr panjang? Mereka semua datang jam berapa ni? Ada yang tidur depan gerai Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya ni ke? Giler ah!

Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya
Sampai gerai-gerai lain tertutup pandangan dek barisan yang panjang.

Nekad punya pasal, aku tetap beratur. Kaki sudah lenguh-lenguh, mujurlah cuaca kurang panasnya. Tahu jam berapa baru aku dapat beli dan bayar 6 biji Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya ini? Pukul 6.00 pm. 3 jam beratur. 3 jam beb! 3 jam berdiri tak buat apa-apa. 3 jam wo!

Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya
Akhirnya, 3 jam beratur barulah Pau Cendawan ini didepan mata.

Berbaloikah beratur panjang, tunggu lama demi Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya ini? Sedapkah Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya ini? Malas nak jawab (tengok Instagram aku). 

Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya

Yang pasti, ini yang pertama dan terakhir aku akan beratur untuk Pau Cendawan Bazaar Ramadan Putrajaya ni.


4 comments:

  1. sedap ke tak? menarik abis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap... Creamy dia punya inti mushroom..

      Delete
  2. macam xsedap je sbb ada yg terakhir hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terakhir tu maksudnya, malas dah nak beratur lagi.. Kalau rajin, ke puchong je terus beli frozen punya. Hahaha

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my