MENANTI UNTUK DISCHARGE 'KALI PERTAMA'

Jika sebelum ini adik Izz tidak boleh discharge, aku faham kenapa. Sebabnya adik Izz masih ada kuman MRSA (Methicillin-resistant Staphylococcus aureus). Tapi bila dapat tahu yang adik Izz sudah "free MRSA", seronok sangat rasa kerana fikiran ini membayangkan yang adik Izz akan discharge for Home TPN. Namun....

Untuk rekod, adik Izz sudah 11 kali discharge for Home TPN. Bila tiba masa untuk discharge, aku dan mama Izz perlu lakukan demonstrasi tentang 'Cara-Cara Dressings TPN dan CVL' di rumah. Kebiasaannya, kami hanya perlu lakukan sekali sahaja, dan adik Izz akan dibenarkan discharge keesokannya.

Susahnya kamu nak discharge kali ini, nak!

Dugaan betul untuk lepaskan adik Izz discharge for Home TPN kali ke 12 ini. Sejak beberapa minggu, kami lakukan demonstrasi but still tak dapat kebenaran untuk discharge. Tak perlulah aku ceritakan butirannya, sebabnya ada yang memerhati. Hehehe...

Pada aku lah kan... Sepatutnya, kriteria peraturan bagai untuk discharge for Home TPN kali ke 12 ini dibuat semasa adik Izz discharge for Home TPN kali pertama dulu. Tapi, itu semua dah berlalu pun. Ungkit pun tak guna. Takpelah, kita sama-sama lah doakan yang terbaik buat adik Izz.

1 comment:

  1. besar dugaan untuk adik izz..sbb dia yg merasa kesakitan tu..sedih bile tgk muka dia..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my