TIDUR MIKRO SAAT MEMANDU

Temanmu, Muzikmu .. koolfm. Ini radio pilihan aku setiap pagi aku pergi kerja dan setiap petang aku balik kerja. Selain daripada waktu itu, aku tak dengar radio langsung. Aku bukan nak cerita pasal radio koolfm ni, tapi aku nak cerita pasal satu iklan/pesanan yang aku dengar semasa segmen PHD (Pagi Hari Di Kool FM).

Pasal "tidur mikro" atau "Microsleep". Iklan pula berkaitan dengan kemalangan jalanraya. Pertama kali aku dengar pasal tidur mikro ini. Jadi, aku tweet satu status bertanyakan mengenai tidur mikro.

Tweet papa Izz

Ada juga yang reply tweet aku ini beritahu yang tidur mikro atau microsleep ini berlaku pada mereka yang tidak cukup rehat atau tidur, yang mana simptomnya tidak peka dengan persekitaran. 

Tidur mikro boleh membunuh
Sumber : google

"Tidur mikro atau "microsleep" adalah suatu keadaan di mana tubuh mengalami fasa tidur namun dalam jangka masa yang sangat pendek. Biasanya tidur mikro hanya berlangsung paling lama dalam tiga puluh saat sahaja. Memang, jangka masa setengah minit ini sangatlah singkat untuk dianggap sebagai tidur. Namun, harus diingat jika kita lalai dari keadaan jalan walaupun hanya sedetik saja, boleh mengalami kemalangan yang boleh membawa maut". 

Baiklah, ini yang aku dapat bila aku google pasal tidur mikro atau microsleep ni. Pemandu yang mengalami fasa tidur mikro biasanya tidak menyedari dirinya telah kehilangan fokus atau tertidur seketika. 

Mengapa hal ini boleh terjadi? 

Keletihan biasanya menjadi faktor utama mengapa keadaan microsleep boleh terjadi. Kurangnya waktu tidur, keletihan fizikal dan mental, kemurungan akibat persekitaran kerja atau keluarga boleh membuat kita mengalami tidur mikro saat memandu.

Bagaimana elakkan hal ini?

Untuk mengelakkan mengalami tidur mikro, anda perlu melihat kepada diri anda sendiri apakah anda dalam keadaan yang keletihan dan kurang tumpuan atau tidak. Jika iya, ada baiknya anda menghentikan kenderaan anda dan berehat atau sekurang-kurangnya berjalan-jalan sebentar. Jika anda memandu dalam jangka masa yang lama, ada baiknya anda berhenti setiap dua hingga lima jam untuk menyegarkan tubuh anda dan menghindarkan keadaan tidur mikro ini. 

Kopi, minuman tenaga, atau bahkan volume radio yang kuat sekalipun tidak akan menghindarkan anda dari keadaan tidur mikro jika anda memang dalam keadaan kepenatan/ lelah. Jadi, cara yang terbaik mengelakkan keadaan ini adalah hanya berhenti dan berehat untuk sementara waktu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my