TERIMA KASIH CIKGU

Guru Pembina Negara Bangsa, tema Hari Guru 2016. Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Guru dan pendidik lah yang membentuk budaya, tamadun dan keilmuan bangsa. 

Walaupun kita sebagai ibu bapa juga memainkan peranan, tetapi pengalaman dan pengetahuan kita dalam bidang membentuk peribadi dan sifat-sifat anak adalah terhad. Akhirnya, gurulah yang menentukan karektor dan kebolehan anak.

Hari Guru 2016

Terima Kasih Cikgu. Dah lama aku tinggalkan alam persekolahan. Namun aku tak lupa dimana aku pernah menuntut ilmu. Cuma nama cikgu je yang aku sudah lupa. Mungkin jika bertemu, aku akan ingat lagi rupa mereka, tapi Minta Maaf Cikgu andai aku tak ingat nama. Hahaha. Apapun, Terima Kasih Cikgu.

"Tadika Kemas Felda Tersang 1, Raub - 
Sekolah Kebangsaan LKTP Tersang 1, Raub - 
Sekolah Agama Rakyat Tersang 2, Raub -
Sekolah Menengah Tersang, Raub - 
Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakub (SMDARY), Bota"


Terima Kasih Cikgu!

Daripada anak-anak aku pula, Terima Kasih Cikgu daripada along Izz 

"Taska dan Tabika Temanku, Menara PJD - 
Tabika Kemas Flat Sri Wilayah, Sentul - 
Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah, Kuala Lumpur -
KAFA SKSHAS

Daripada angah Izz pula, Terima Kasih Cikgu 

"Taska dan Tabika Temanku, Menara PJD - 
Taska Permata Timang, Menara LPPKN - 
Tabika Kemas Flat Sri Wilayah, Sentul."

Terima Kasih Cikgu!


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my