PULANG KE DESA

Kali terakhir aku balik kampung ialah pada cuti persekolahan Disember 2015 yang lalu. Seminggu aku balik sana dengan along Izz dan angah Izz. Dan cuti Hari Pekerja kelmarin, aku balik lagi. Kali ini masih dengan along Izz dan angah Izz. 

Almaklumlah, adik Izz masih di wad. Dah kalau adik Izz masih di wad, maknanya mama Izz perlulah menjaganya. Jadinya, aku tinggalkan mereka. Hihihi...

Ikutkan, aku tak balik pun kampung ni. Tapi sebab ada majlis kenduri yang penting dan memerlukan kesemua adik beradik aku berkumpul, aku pun balik lah. Paling seronok untuk balik ke kampung pastinya along Izz dan angah Izz. 

Awal beberapa hari aku sudah beritahu mereka yang kami akan balik ke rumah nenek Izz selama 3 hari. Sejak itu, hari-hari mereka bertanya "bila hari Sabtu, papa?", "lamanya nak hari Sabtu, papa!". Sampai harinya, siap-siap dan terus gerak. Tapi macam biasalah, apa-apa kena pergi Institut Pediatrik, HKL dahulu tengok adik dan mama. Kejap saja pun nyinggah, takut jalan jem. Hahaha...

Melawat adik Izz di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur
Menemani adik Izz makan sebelum pulang ke kampung.

Dan...jalan tidak jem walaupun aku gerak kul 1pm dari HKL. Untungnya! Adalah juga sedikit kelewatan selepas Tol Gombak menuju Genting Sempah. Itupun sebab banyak lori. Selepas terowong, jalan clear. Alhamdulillah!. 

Rumah nenek di Felda Tersang Satu
Dah nak sampai. Dekat je pun. Dari HKL dalam 170km saja!

Nantilah sambung ye. Malas pulak! Hahaha...


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my